Jumaat, Ogos 27, 2010

Penggambaran Unit Beruniform IPG KBM PISMP Sem 4





Perhimpunan Unit Beruniform - KRS

Perhimpunan Unit Beruniform anjuran KRS merupakan perhimpunan Unit Beruniform yang kelima dan terakhir untuk tahun 2010 ini. Perhimpunan ini telah diadakan pada 25 Ogos 2010 di Dewan Za'ba. Ia telah dirasmikan oleh Pn Soriah Abdullah, Pengarah IPG KBM dan turut dihadiri oleh Pn Jamaliah Salleh, Timbalan Pengarah IPG KBM.



Rabu, Ogos 18, 2010

Tahniah!



Tahniah diucapkan kepada semua pensyarah-pensyarah IPG Kampus Bahasa Melayu khususnya pensyarah-pensyarah dari Unit Kokurikulum yang telah dianugerahkan kenaikan pangkat. Majlis penyerahan sijil kenaikan pangkat telah berlangsung pada 17 Ogos 2010 di Dewan Za'ba IPG Kampus Bahasa Melayu Kuala Lumpur. Penyerahan sijil tersebut dilakukan oleh Pn Soriah bt Abdullah, Pengarah IPG KBM sendiri.

Pensyarah-pensyarah Unit Kokurikulum yang terlibat adalah:

1. En Noor Azuddin Mohd Noordin - Ketua Unit Kokurikulum DG44

2. Pn Faziah bt Sulaiman - Pensyarah Kanan Kokurikulum DG52

3. Pn Ruziaton bt Jamros - Pensyarah Kokurikulum DG48

4. En Rohimi Jamel - Penyelaras Unit Beruniform DG44

5. Pn Punithavathi Sinnapoo - Penyelaras Persatuan DG44

6. Cik Japp - Penyelaras Sukan dan Permainan DG44
Posted by Picasa

Isnin, Ogos 09, 2010

Kursus Kejurulatihan dan Kepegawaian Bola Jaring

Kursus ini telah diadakan pada 7 - 8 Ogos 2010 di IPG Kampus Bahasa Melayu kelolaan Kelab Bola Jaring Kumpulan Guru Pelatih PISMP Semester 2 dan PPISMP Semester 3. Kursus ini dikendalikan oleh Jurulatih Bola Jaring Kebangsaan, Pn Rusnah Minin.

Peserta kursus didedahkan tentang format asas kejurulatihan, pengadilan dan pengurusan pertandingan Bola Jaring secara teori dan amali.


Sukan Sekolah-Sekolah Asean

Seramai 350 orang pelajar dari IPG Kampus Bahasa Melayu telah terlibat dalam persembahan 'Human Graphics' untuk majlis pembukaan Sukan Sekolah-Sekolah Asean di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur dari 11- 13 Julai 2010.