Khamis, November 11, 2010

Selamat Bersara Puan Pengarah IPG KBM

Majlis Anugerah Citra Keguruan 2010











Tarikh : 3 November 2010
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Tun Sri Lanang, IPGKBM.

Anugerah Citra keguruan adalah anugerah khas yang diberikan kepada pelajar IPG KBM pada setiap akhir tahun atas pencapaian dan sumbangan pelajar dalam aktiviti-aktiviti institut.

Kategori Anugerah
  • Anugerah Pencapaian:
  1. Anugerah Perdana Institut
  2. Anugerah Satria
  3. Anugerah Wira
  4. Sijil Prestasi Cemerlang
  • Anugerah Kepimpinan
  1. Anugerah Citra Emas
  2. Anugerah Citra Perak

Objektif majlis:
  1. Meraikan para guru pelatih yang berjaya mengharumkan nama institut di peringkat yang tinggi.
  2. Menghargai jasa dan pengorbanan guru pelatih terhadap institut.
  3. Membakar semangat kesukanan, menanam sikap kepimpinan serta meningkatkan kecemerlangan akademik dalam kalangan guru pelatih.
  4. Mewujudkan suasana harmoni dalam kalangan pensyarah serta guru pelatih.
  5. Memberi peluang kepada guru pelatih yang menabur jasa di institut menerima pengiktirafan yang bermakna.

Teater Mayat







Satu pementasan Teater berjudul Mayat yang diadaptasi dari karya Hatta Azad Khan telah persembahkan oleh Persatuan Teater KDPM KEMAS 5A pada 28 Oktober 2010 pada jam 8.00 malam di Dewan Hamzah Fansuri IPG KBM.

Sinopsis

Teater ini berunsur kemanusiaan di mana ia mengisahkan tentang 4 orang sahabat yang mempunyai pemikiaran yang cetek. Mereka tinggal di kawasan setinggan di tengah-tengah kawasan yang pesat dengan pembangunan sehingga mengundang konflik antara mereka apabila salah seorang sahabat mereka meninggal dunia. Mereka tidak tahu bagaimana untuk mengebumikan rakan mereka. Oleh itu, timbullah pelbagai idea dan cara bagi mengatasi masalah tersebut. Teater ini menyampaikan mesej yang sesuai tetapi ia disampaikan secara komedi yang bukan sahaja memberi hiburan, malah pengajaran yang berguna kepada masyarakat seluruhnya.

Penyandang Watak
Sahabat 1: Nur Ainuna Al Mardhiah
Sahabat 2: Intan Maizatul Ashikin
Sahabat 3: Ismah Hani Iskandar
Sahabat 4: Fauziah Jais
Saudagar mayat: Ainon Nisak Miskan
Penculik mayat: Mazziyatul Abd Manap & Mariatul Khabitah

Pengarah
Norhayati Mohamad Shafie

Pensyarah Pembimbing
Pn Faziah Sulaiman
Pn Nurulhana Hussain



Penilaian Pengelolaan Sofbal









Penilaian pengelolaan pertandingan sofbal bagi pelajar-pelajar PISMP Semester dua telah diadakan pada 22 Oktober 2010 di padang IPG KBM.