Khamis, Mac 22, 2012

Konvensyen Pendidikan IPGKBM ke 19


Konvensyen Pendidikan IPGKBM ke 19 telah berlangsung dari 20 - 22 Mac 2012 di Dewan Tun Sri Lanang IPGKBM. Tema Konvensyen pada kali ini adalah 'PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI SEMUA MATAPELAJARAN'. Perasmian dan Pembentangan Ucap Utama telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Dr Haili b Dolhan, Rektor IPG Kementerian Pelajaran Malaysia. Perasmian penutup pula disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dr Hj Awang b Sariyan, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.