Jumaat, Mei 18, 2012

Rabu, Mei 16, 2012

Selamat Hari Guru

Tema Hari Guru 2012:  Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Selamat menduduki peperiksaan!

Unit Kokurikulum IPG KBM mengucapkan selamat maju jaya kepada semua warga kampus yang sedang menduduki peperiksaan bagi semester Jan - May 2012.

Sabtu, Mei 05, 2012

Majlis Persaraan Tn Hj Zakariah b Mohd Idrus

Seluruh warga Unit Kokurikulum mengucapkan Selamat Bersara dan Selamat Hari Lahir buat Tn Hj Zakariah b Mohd Idrus atas persaraan sebagai penjawat awam pada hari yang penuh bersejarah ini.  Doa kami semoga Tn Hj dilimpahi kesihatan dan kebahagiaan dalam menempuh hari-hari selepas persaraan.

                         Satu hari nanti,                         Apabila telah berada di puncak,                         Jangan lupa pada tangga-tangga yang dipijak.                         Sesungguhnya perjalanan meniti tangga-tangga itu sangat berharga.                         Apatah lagi meniti tangga yang rapuh dengan izinNya

Jumaat, Mei 04, 2012

Program Aplikasi Kuliah Pengurusan Kokurikulum - Lawatan ke Zoo Negara








Kuliah Pengurusan Kokurikulum PISMP 1B dengan bimbingan Pensyarah Kokurikulum, Pn Nurulhana Hussain telah mengadakan satu lawatan ke Zoo Negara pada 4hb Mei 2012 .

Rabu, Mei 02, 2012

Selamat Bersara Tn Hj Zakariah b Mohd Idrus


Jamuan Makan meraikan persaraan En Zakariah b Mohd Idrus









Unit Kokurikulum telah mengadakan jamuan makan tidak formal untuk meraikan persaraan En Zakariah b Mohd Idrus yang akan bersara wajib pada 5 Mei 2012.  Jamuan makan tengahari ini diadakan di Restoran Ar Rawsha, Kg Pandan pada 30 April 2012.

LPS - Drama dalam Pendidikan










Unit Kokurikulum dan Unit LDP telah menganjurkan Kursus Drama dalam Pendidikan pada 25 April 2012 di bilik Mikro IPGKBM dari jam 2.30 petang sehingga 4.30 petang.  Kursus tersebut telah dikendalikan oleh Jurulatih Kokurikulum yang juga merupakan pensyarah cemerlang DG54 Pn Faziah bt Sulaiman.