Khamis, Oktober 31, 2013

Pelajar Dan Pensyarah IPGKBM Cipta Rekod Malaysia

Pelajar Dan Pensyarah IPGKBM Cipta Rekod Malaysia

Para pelajar dan pensyarah IPGKBM telah mencipta rekod Malaysia dalam Program Senam 1Malaysia 36 jam tanpa henti pada 5 hingga 6 Oktober 2013 yang telah diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak Universiti Kebangsaan Malaysia. Datin Padlon Abdul Rahman, Puan S.Punithavathi dan Encik Noor Azuddin Mohd Noordin turut terlibat secara langsung dalam program tersebut. Program yang dilaksanakan ini merupakan kesinambungan daripada Bengkel Senam 1Malaysia yang telah diadakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) pada bulan Ogos 2013 yang lalu




Selasa, Oktober 22, 2013

Sambutan Hari Lahir Pn Faziah Sulaiman dan Cik Asiah Mohamad Hashim

Unit Kokurikulum IPG KBM mengambil kesempatan meraikan dan mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Pn Faziah bt Sulaiman (22 Oktober) dan Cik Asiah Mohamad Hashim (23 Oktober). Semoga Allah merahmati, memberkati dan melimpahkan kebaikan kepada mereka.






LPS- Bengkel Kemahiran Orienteering

Tn Hj Mustafa Kamal telah membimbing ahli mesyuarat menggunakan kompas dan peta secara 'hands on' semasa bengkel kemahiran orienteering dilaksanakan di Hotel Harbour View, Kuching, Sarawak.
Bengkel ini amat menarik dan kemahiran ini boleh digunakan dalam aktiviti Unit Beruniform.



LPS- Teknik Bercerita untuk Unit Beruniform

Perkongsian ilmu daripada Puan Faziah bt Sulaiman tentang teknik bercerita dalam aktiviti Unit Beruniform.




Isnin, Oktober 21, 2013

Penyerahan Tugas Penyelaras Unit Beruniform

Secara rasminya pada 21 Oktober 2013 Pn Ruziaton Jamros menyerahkan tugas sebagai Penyelaras Unit Beruniform kepada Cik Asiah Mohamad Hashim. Pihak Unit Kokurikulum mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Pn Ruziaton Jamros atas lantikan sebagai Ketua Jabatan Matematik.



Mesyuarat Unit Kokurikulum IPGKBM Bil 4/2013

Tarikh:  20-22 Oktober 2013
Tempat:  Bilik Bukit Tebu 6, Aras 1, Hotel Harbour View, Kuching, Sarawak

Agenda:

  1. Ucapan Pengerusi
  2. Pengesahan Minit Mesyuarat
  3. Perkara berbangkit
  4. Pelaporan Penyelaras-penyelaras Kursus 2013
  5. Pembentangan Penilaian Pelaksanaan  Kokurikulum 2013
  6. Penetapan Carta Organisasi Unit Kokurikulum 2014
  7. Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran 2014
  8. Perancangan Takwim Kokurikulum 2014
  9. Hal-hal lain
  10. Penutup











Jumaat, Oktober 04, 2013

Bengkel Akhbar Dalam Darjah anjuran Persatuan BM-ADD PISMP 6C dan BH

Tarikh: 4 Oktober 2013
Masa:  7.30 Pagi - 12.30 tengahari
Tempat:  Dewan Hamzah Fansuri

Menganjurkan bengkel ADD dengan kerjasama BH merupakan projek persatuan BM-ADD yang perlu dipenuhi oleh pelatih PISMP 6C.  Sasaran bengkel ini ialah kepada pelatih PPISMP Semester 1.


Rabu, Oktober 02, 2013