Jumaat, September 25, 2015

Taklimat IPGM kepada Menteri Pendidikan Malaysia

Tarikh:  15 September 2015
Masa:  8.00 pagi - 1.00 tenghari
Tempat: Aras bawah bangunan menara dan Bilik Mesyuarat Bunga Raya aras 2

Unit Kokurikulum terlibat dalam menyediakan pasukan KRS dan BSMM yang terdiri daripada siswa pendidik PISMP Semester 5 Ambilan Jun 2013 bagi menyambut kehadiran YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia.  Unit Kokurikulum juga terlibat dalam menyediakan gerai pameran sempena menyambut kedatangan YB ke IPGKBM.


Rabu, September 23, 2015

Kembara ke Pulau Perhentian

Kelab Kembara - Persatuan PISMP 6A Ambilan Januari 2013 telah melaksanakan projek persatuan di Pulau Perhentian, Trengganu pada 20 - 22 September 2015 bersama-sama Pensyarah Penasihat En Ahmad Taufix b Mahat.  Pensyarah-pensyarah lain yang turut serta ialah Pn Punithavathi a/p Sinnapoo dan Pn Sharifah bt Said.

Projek Kelab Kembara ini diadakan untuk memberi tanggungjawab kepada siswa pendidik untuk mengelola sesuatu program.  Selain daripada itu, projek ini juga dapat memberi peluang kepada siswa pendidik meningkatkan kemahiran dalam melaksanakan aktiviti rekreasi samada di hutan ataupun di air.  Sifat kepimpinan, bekerjasama, bertanggungjawab dan semangat berpasukan juga dapat dipupuk melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.









Kejohanan Ping Pong Anjuran IPG Kampus Bahasa Antarabangsa

Pada 19hb September 2015, IPGK Bahasa Antarabangsa (IPGKBA) telah menganjurkan Kejohanan Ping Pong Piala Pengarah IPGKBA 2015.  Pelajar IPGKBM telah mengambil bahagian dan Saudari Nurulhuda bt Mahaliddin daripada PISMP 4A Ambilan Januari 2014 telah mendapat tempat ketiga.  Tahniah diucapkan.



Program BIG Semarak Kasih Guru

Program BIG (Anak Angkat) Semarak Kasih Guru telah diadakan pada 14 - 16 September 2015 di Bandar Utama Batang Kali dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Hulu Selangor.  Program ini melibatkan 21 orang siswa pendidik daripada PISMP Semester 4 Ambilan Januari 2014 dan seorang siswa pendidik daripada PISMP Semester 5 Ambilan Jun 2013.

Program ini diketuai oleh Hj Mustafa Kamal b Mohamed Zahid, Penyelaras BIG dan dibantu oleh En Ahmad Taufix b Mahat, En Yunus b Jurait (Kaunselor) dan En Emyzul b Ismail (Mentor).

Program ini juga bekerjasama dengan Sekretariat Rukun Negara yang mengendalikan aktiviti Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) iaitu  ISRN 1Komuniti 1 Kasih Sayang pada 16hb September 2015 di bawah seliaan Pn Nor Rul Azlifah bt Zulkafaly dan En Zulkifly b Husin.

Unit Kokurikulum IPGKBM mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengarah IPGKBM dan Timbalan Pengarah IPGKBM, JK Induk, JK Pelaksana dan  semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

  1. En Abdul Razak b Abd Aziz, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Hulu Selangor
  2. En Mohd Zamri b Zainudin daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Hulu Selangor
  3. Pn Normalin bt Saikhani daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Hulu Selangor
  4. En Zakaria bt Ismail, Guru Besar SK Bandar Baru Batang Kali
  5. En Abu b Mijan, Pengerusi JK Penduduk Bandar Utama Batang Kali
  6. En Yunus b Jurait, Kaunselor IPGKBM
  7. En Emyzul b Ismail, Mentor Pelajar 4A
  8. Siswa pendidik PISMP 4A
  9. Semua Keluarga Angkat 
  10. Semua penduduk Bandar Utama Batang Kali yang terlibat.


Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan semasa program ini berlangsung ialah:
  1. Aktiviti bersama keluarga angkat
  2. Gotong Royong di SK Bandar Baru Batang Kali
  3. Jalinan Kasih di rumah warga tua Batang Kali
  4. Gotong Royong di Kawasan Surau
  5. Persembahan Malam Kebudayaan.






























Selasa, September 22, 2015

Perkhemahan Pengakap - Kursus Manik Kayu Peringkat 1

Perkhemahan Pengakap - Kursus Manik Kayu Peringkat 1
Tarikh:  4 - 6 September
Tempat:  Mutiara Semenyih Training & Eco Resort, Semenyih, Selangor.
Bil Pelajar terlibat: 20 / 21
Pensyarah terlibat:  Cik Haslinda Mohamad Saad dan Hj Suhasni b Dollah





Perhimpunan Unit Beruniform 2/ 2015 anjuran Pengakap KLM 02

Tarikh: 26 Ogos 2015
Tempat:  Dewan Za'ba IPGKBM



Kursus Kayak 'Star One'

Kursus Kayak Star One telah diadakan pada 8 - 9 Ogos 2015 di Cyclone Brake Sea Reaction Club, Akademi Laut Malaysia (ALAM), Kuala Sg Baru, Melaka.

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dan kemahiran peserta dalam aktiviti berkayak.

Seramai 10 orang pelajar terlibat dalam kursus ini  diiringi oleh 2 orang pensyarah kokurikulum iaitu En Ahmad Rozi b Abu dan Hj Suhasni b Dollah serta seorang staf sokongan iaitu En Mohd Noor Ismail b Mohd Rais.