Selasa, Disember 22, 2015

Tahniah En Thirugnana Sambathan a/l Muthusamy

Unit Kokurikulum mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada En Thirugnana Sambanthan a/l Muthusamy yang telah dikurniakan Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP) oleh DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 27 November 2015. Majlis penganugerahan Darjah Kebesaran tersebut telah disempurnakan pada 20 Disember 2015 di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, Perak.