Isnin, Mei 13, 2013

EKSPLORASI FLORA DAN FAUNA TAMAN NEGARA PAHANG & PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN KUALA GANDAH PAHANG


EKSPLORASI FLORA DAN FAUNA  TAMAN NEGARA PAHANG & PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN KUALA GANDAH PAHANG

Unit Kokurikulum dan pasukan unit beruniform Puteri Islam Semester 5 telah menganjurkan Eksplorasi Flora Dan Fauna ke Taman Negara Kuala Tahan pada   22-24 Mac 2013. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah eksplorasi malam,  mendaki Bukit Terisik, ‘jungle trekking ke ‘canopy walkway, meniti jambatan gantung terpanjang di dunia dan ‘rapids shooting’ merentasi jeram Sungai Tembeling.  Peserta turut ditunjukkan cara menyumpit dan kaedah menghidupkan api secara natural di perkampungan orang asli di Jeram Dedari.  Program diakhiri dengan melawat Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah. Pahang.