Program Semaian Kasih Perpaduan Di Johor Lama
Program Semaian Kasih Perpaduan peringkat
kebangsaan ini telah diadakan di Kampung Jokor Lama pada 18 hingga 21 Oktober
yang bertujuan meningkatkan kesedaran siswa guru dan masyarakat setempat
tentang prinsip Rukun Negara. Program yang berkonsepkan anak angkat pelbagai
kaum ini dilaksanakan secara bersama oleh Institut Pendidikan Guru dan Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu telah menghantar 25 orang siswa
guru bersama Encik Noor Azuddin Mohd Noordin sebagai setiausaha program dan
Puan Noorul Azlifah sebagai pensyarah pengiring.