Jumaat, April 29, 2011

SELAMAT DATANG DATIN DR FOWZIA BT OSMAN


Unit Kokurikulum IPG Kampus Bahasa Melayu mengalu-alukan kedatangan Pengarah baharu Datin Dr Fowzia bt Osman yang telah melapor diri pada 4hb April 2011. Semoga dengan kehadiran Datin di Kampus ini memantapkan lagi kecemerlangan yang telah kita semua kecapi sebagai salah satu Institut Pendidikan Guru yang unggul di Malaysia

Karnival Permainan Bola Jaring IPGKBM



Tarikh: 26 Mac 2011
Tempat: Padang IPGKBM
Masa: 7:00 pagi - 1:00 tengahari
Anjuran: Kelab Bola Jaring PPISMP Semester 2 2011

Perhimpunan Unit Beruniform 2 /2011 - Anjuran KLM01-Pengakap












Majlis perhimpunan unit beruniform anjuran KLM01 Pengakap IPG Kampus Bahasa Melayu telah diadakan di dewan Za'ba pada 30 Mac 2011 pada jam 2:30 petang. Perhimpunan ini telah dirasmikan oleh Pn Jamilah Ismail, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan kerana mewakili Timbalan Pengarah yang menjalankan tugas rasmi di luar kampus.