Jumaat, Ogos 27, 2010
Perhimpunan Unit Beruniform - KRS
Perhimpunan Unit Beruniform anjuran KRS merupakan perhimpunan Unit Beruniform yang kelima dan terakhir untuk tahun 2010 ini. Perhimpunan ini telah diadakan pada 25 Ogos 2010 di Dewan Za'ba. Ia telah dirasmikan oleh Pn Soriah Abdullah, Pengarah IPG KBM dan turut dihadiri oleh Pn Jamaliah Salleh, Timbalan Pengarah IPG KBM.
Rabu, Ogos 18, 2010
Tahniah!
Tahniah diucapkan kepada semua pensyarah-pensyarah IPG Kampus Bahasa Melayu khususnya pensyarah-pensyarah dari Unit Kokurikulum yang telah dianugerahkan kenaikan pangkat. Majlis penyerahan sijil kenaikan pangkat telah berlangsung pada 17 Ogos 2010 di Dewan Za'ba IPG Kampus Bahasa Melayu Kuala Lumpur. Penyerahan sijil tersebut dilakukan oleh Pn Soriah bt Abdullah, Pengarah IPG KBM sendiri.
Pensyarah-pensyarah Unit Kokurikulum yang terlibat adalah:
1. En Noor Azuddin Mohd Noordin - Ketua Unit Kokurikulum DG44
Isnin, Ogos 09, 2010
Kursus Kejurulatihan dan Kepegawaian Bola Jaring
Kursus ini telah diadakan pada 7 - 8 Ogos 2010 di IPG Kampus Bahasa Melayu kelolaan Kelab Bola Jaring Kumpulan Guru Pelatih PISMP Semester 2 dan PPISMP Semester 3. Kursus ini dikendalikan oleh Jurulatih Bola Jaring Kebangsaan, Pn Rusnah Minin.
Peserta kursus didedahkan tentang format asas kejurulatihan, pengadilan dan pengurusan pertandingan Bola Jaring secara teori dan amali.
Peserta kursus didedahkan tentang format asas kejurulatihan, pengadilan dan pengurusan pertandingan Bola Jaring secara teori dan amali.
Sukan Sekolah-Sekolah Asean
Seramai 350 orang pelajar dari IPG Kampus Bahasa Melayu telah terlibat dalam persembahan 'Human Graphics' untuk majlis pembukaan Sukan Sekolah-Sekolah Asean di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur dari 11- 13 Julai 2010.
Langgan:
Catatan (Atom)