Jumaat, November 01, 2013

Semaian Kasih Perpaduan

Program Semaian Kasih Perpaduan Di Johor Lama

Program Semaian Kasih Perpaduan peringkat kebangsaan ini telah diadakan di Kampung Jokor Lama pada 18 hingga 21 Oktober yang bertujuan meningkatkan kesedaran siswa guru dan masyarakat setempat tentang prinsip Rukun Negara. Program yang berkonsepkan anak angkat pelbagai kaum ini dilaksanakan secara bersama oleh Institut Pendidikan Guru dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri. Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu telah menghantar 25 orang siswa guru bersama Encik Noor Azuddin Mohd Noordin sebagai setiausaha program dan Puan Noorul Azlifah sebagai pensyarah pengiring.