Khamis, September 29, 2011

Sambutan Kemerdekaan peringkat IPG KBM




Sambutan Kemerdekaan peringkat IPG Kampus Bahasa Melayu telah dilaksanakan pada 28hb September 2011 di Dewan Za'ba. Sambutan ini dianjurkan oleh Jabatan Sains Sosial dan Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Kursus Pengurusan Profesionalisme Guru Kanan KRS




Kursus Pengurusan Profesionalisme Guru Kanan KRS siri 3 telah diadakan pada 19hb-22hb September di PNB Ilham Resort Port Dickson. Kursus ini dianjurkan oleh BPG dengan kerjasama IPG KPM untuk memberi pentauliahan kepada Pensyarah-pensyarah IPG seluruh semenanjung Malaysia dan Guru-guru Pemimpin KRS dari SK dan SMK negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Jurulatih yang mengendalikan kursus ini diketuai oleh Mejar KRS Zainuddin b Denan dari IPG KPM, Mejar KRS Sanep b Supaat dari IPG Temenggong Ibrahim, Mejar Yusri dari IPG Ipoh, Mejar Norzaman, Mejar Fazrol, dan ahli kumpulan dari Unit Teknikal Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.

Khamis, September 08, 2011

Lawatan Hari Raya Pra sekolah ke Unit Kokurikulum




Seramai 19 orang pelajar pra sekolah IPG Kampus Bahasa Melayu beserta dengan dua orang guru telah membuat lawatan Hari Raya ke Unit Kokurikulum pada 8 September 2011 jam 12.00 tengahari.