Jumaat, Februari 27, 2015

Sukantara Rumah Merah dan Kuning

Sukantara untuk pungutan mata rumah merah dan rumah kuning telah diadakan pada 26hb Februari 2015 di padang IPGKBM.





Khamis, Februari 26, 2015

Sukantara


Penyertaan Larian di Kejohanan Olahraga di IPG Kampus Pendidikan Islam

IPKKBM telah menghantar wakil siswa untuk acara larian 4 x 400m (lelaki) dan 4 x 100m (perempuan) di Kejohanan Olahraga anjuran IPG Kampus Pendidikan Islam.  Pelajar IPGKBM berjaya mendapat tempat ke empat dalam kedua-dua acara tersebut.

Siswa dan siswi yang mewakili IPGKBM ialah :
4 x 400m (lelaki)
  1. Amir Asyraffudin b Abd Aziz
  2. Bryan Moliki @ Felix
  3. Hassanul Iqbal b Nawawi
  4. Bryan Devon Dahreen
  5. Muhammad Hafiz b Mohammad
4 x 100m (Perempuan)
  1. Mujahidah bt Mujin
  2. Karlie Marie Chandran
  3. Rozieniera Robert
  4. Anggela Ezra Angin
Meraih kemenangan bukan segalanya tetapi yang penting, semangat kesukanan dan semangat sepasukan yang dibentuk.

"If you had fun, you won!"










Selasa, Februari 24, 2015

BIG - Task Force Pasca Banjir

Program BIG untuk PISMP Semester 4 Ambilan Jun 2013 dilaksanakan dengan kerjasama IPGM dan Yayasan Sukarelawan Siswa dalam misi Bantuan Pasca Banjir di Kuala Lipis, Pahang pada 10-12hb Februari 2015.  Seramai 47 orang siswa pendidik IPGKBM bersama-sama dengan 4 jurulatih Kokurikulum, 3 mentor pelajar dan 2 pensyarah dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar turut serta dalam Misi Bantuan ini.

Bantuan yang diberikan lebih kepada membaik pulih keceriaan sekolah seperti Mural dinding dan Bahan bantu mengajar.

Sekolah-sekolah yang dibantu ialah SK Jeram Landak dan SK Wan Ibrahim.



Tahniah kepada Pelari IPGKBM

 
Tahniah kepada pasukan IPGKBM
Pada 7 Februari 2015, IPGKBM telah menghantar penyertaan Larian Mesra: 1 Murid 1 Sukan anjuran IPGK Pendidikan Teknik di Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Bagi kategori wanita, pelajar IPGKBM telah berjaya mendapat tempat pertama dan kesembilan manakala kategori lelaki, pelajar IPGKBM mendapat tempat ketujuh.  Syabas diucapkan kerana telah mengharumkan nama IPGKBM. Nama pelajar-pelajar yang menyertai larian tersebut ialah seperti berikut:

Peserta lelaki
  1. Vellyzro Joannes
  2. Wan Nazmi Solihin b Wan Ahmad Yanee
  3. Muhammad Hafiz b Mohammad
  4. Muhammad Hairoul Akmal b Harun
  5. Mohd Farizan b Deli
  6. Ting Yu Yong
  7. Frederic Singan
Peserta Wanita
  1. Noor Amalina bt Mohd Junet
  2. Sitti Khadijah bt Bacho
  3. Rozienira Robert
  4. Jalinah Jimpih
  5. Karlie Marie Chandran
  6. Siti Nur Hidayah Mohamad
  7. Sahira a/p Lim Laun Haw
  8. Salmiah bt Sallehajih
  9. Linda Eu Hai Lun
  10. Aznur Nizza Yucque bt Azral

Pameran Unit Kokurikulum Sempena Perasmian Bangunan Baharu

Unit Kokurikulum telah diberikan satu ruang pameran semasa Hari Perasmian Bangunan Baharu IPGKBM pada 29 Januari 2015 yang dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin.  Pelajar-pelajar UB PISMP Semester 4 telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan bahan pameran dan bertugas menjaga ruang pameran Unit Kokurikulum di bawah seliaan En Ahmad Rozi b Ahmad, Jurulatih Kokurikulum.



Perbarisan Unit Beruniform sempena Persaraan Pengarah

Pasukan Unit Beruniform PISMP Semester 5 Ambilan Januari 2013 sekali lagi dipilih untuk mencurahkan khidmat mengadakan perbarisan sempena Majlis Persaraan YBhg Datin Siti Hanifah bt Madarsa, Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu pada 30 Januari 2015.  YBhg Datin menaiki kereta kuda bersama suami dan turun untuk membuat pemeriksaan barisan.

Unit Kokurikulum mengucapkan selamat bersara kepada YBhg Datin dan semoga akan terus mencurahkan bakti dalam bidang pendidikan di luar sana.




Perbarisan Unit Beruniform Sempena Perasmian Bangunan Baharu

Sempena majlis perasmian bangunan baharu IPGKBM yang diadakan pada 29 Januari 2015, Unit Beruniform PISMP Semester 5 Ambilan Januari 2013 telah terlibat dalam perbarisan tabik hormat bagi menyambut kedatangan YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia.  Pasukan Unit Beruniform ini terdiri daripada Pengakap, Pandu Puteri Kadet, Bulan Sabit Merah Malaysia dan Kadet Remaja Sekolah dan di ketuai oleh Leftenan Muda KRS Wira bin Mohd Jamal.

Latihan perbarisan diadakan pada waktu petang dan malam dibawah pimpinan Mejar KRS Ahmad Taufix b Mahat dan Kapten KRS Mustafa Kamal bin Mohamed Zahid bermula 3 minggu sebelum majlis perasmian.   Sehari sebelum perasmian, pihak JPAM telah datang membantu memantapkan lagi pergerakan perbarisan dan memastikan  bahasa hukuman mengikut protokol yang betul.




              

Isnin, Februari 23, 2015

Selamat bertugas

Pada tahun 2015, Unit Kokurikulum IPGKBM menerima dua orang pensyarah kokurikulum yang baharu.  Iaitu Tn Hj Suhasni bin Dollah -bertukar dari Jabatan Penyelidikan dan Profesionalisme Keguruan dan En Ahmad Rozi b Abu - bertukar dari IPGK Pendidikan Teknik.  Unit Kokurikulum mengucapkan selamat bertugas!
Tn Hj Suhasni bin Dollah
En Ahmad Rozi b Abu

Penyerahan Tugas


Tahniah diucapkan kepada En Noor Azzuddin bin Mohd Noordin, Mantan Ketua Unit Kokurikulum yang akan melanjutkan pelajaran dalam peringkat kedoktoran di Universiti Malaya Kuala Lumpur bermula bulan Mac 2015.  Simbolik penyerahan tugas kepada Pn Hjh Nurulhana bt Hussain telah dilakukan semasa Mesyuarat Unit Kokurikulum Bil 1/2015 pada 14 Januari 2015.