Khamis, Februari 07, 2013

Sambutan Maulidur Rasul


Sambutan Maulidur Rasul di peringkat IPG KBM telah diadakan pada 7hb Februari 2013 bertempat di Dewan Zaaba. Sambutan ini dihiasi dengan persembahan Qasidah oleh guru pelatih lelaki dan Forum Bicara Ilmu.  Ahli Panel Forum jemputan ialah Dr Zawawi Ismail, Timbalan Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya dan Dr Fakhrul Adabi, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Islam juga dari Universiti Malaya.  Moderator Forum ialah Saudari NurLailam, guru pelatih PISMP Semester 5.

Boling Tenpin




Pada semester ini Kelab  Boling Tenpin telah diwujudkan bagi memilih pemain terbaik dalam kalangan guru pelatih IPG KBM untuk mewakili institut ke KAGUM yang akan diadakan pada tahun ini.  Kelab boling ini dianggotai oleh seramai 18 orang pelajar PPISMP Semester 3 Ambilan Januari 2012 di bawah pimpinan Jurulatih Kanan Kokurikulum Pn Faziah bt Sulaiman dan Pensyarah Kokurikulum  Pn Nurulhana bt Hussain. Latihan bagi permainan Boling ini diadakan pada setiap hari Isnin di Pusat Membeli Belah Mines di Seri Kembangan.

Pautan kepada blog tentang permainan Boling

BIG DPLI Semester 3 di Kem Rimba Pulau Pangkor







Unit Kokurikulum telah menganjurkan BIG bagi kumpulan pelajar DPLI Semester 3 Ambilan Januari 2012 pada 8hb - 11hb Januari di Kem Rimba Pulau Pangkor.  Seramai 78 orang pelajar, 10 orang Pensyarah dan dua orang staf sokongan telah terlibat dalam program BIG ini.

Kem Komandan :  Tn Hj Shamsuddin bin Mahmod
Pemantau:  En Noor Azuddin b Mohd Noordin
Jurulatih:   Tn Hj Mustafa Kamal Mohd Zahid
                Tn Hj Fauzi bin Abdullah
                En Ahmad Taufix b Mahat
                Pn Punithavathi a/p Sinnappoo
                Pn Nurulhana bt Hussain
                Pn Vennila a/p Veerappan
                Dr Hj Md Sabri b Che Man
                En Yunus bin Jurait
Staf         : En Shahrul Nizan b Abd Shukor
                En Hashim b Ismail