Jumaat, November 01, 2013

Semaian Kasih Perpaduan

Program Semaian Kasih Perpaduan Di Johor Lama

Program Semaian Kasih Perpaduan peringkat kebangsaan ini telah diadakan di Kampung Jokor Lama pada 18 hingga 21 Oktober yang bertujuan meningkatkan kesedaran siswa guru dan masyarakat setempat tentang prinsip Rukun Negara. Program yang berkonsepkan anak angkat pelbagai kaum ini dilaksanakan secara bersama oleh Institut Pendidikan Guru dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri. Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu telah menghantar 25 orang siswa guru bersama Encik Noor Azuddin Mohd Noordin sebagai setiausaha program dan Puan Noorul Azlifah sebagai pensyarah pengiring.








Khamis, Oktober 31, 2013

Pelajar Dan Pensyarah IPGKBM Cipta Rekod Malaysia

Pelajar Dan Pensyarah IPGKBM Cipta Rekod Malaysia

Para pelajar dan pensyarah IPGKBM telah mencipta rekod Malaysia dalam Program Senam 1Malaysia 36 jam tanpa henti pada 5 hingga 6 Oktober 2013 yang telah diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak Universiti Kebangsaan Malaysia. Datin Padlon Abdul Rahman, Puan S.Punithavathi dan Encik Noor Azuddin Mohd Noordin turut terlibat secara langsung dalam program tersebut. Program yang dilaksanakan ini merupakan kesinambungan daripada Bengkel Senam 1Malaysia yang telah diadakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) pada bulan Ogos 2013 yang lalu




Selasa, Oktober 22, 2013

Sambutan Hari Lahir Pn Faziah Sulaiman dan Cik Asiah Mohamad Hashim

Unit Kokurikulum IPG KBM mengambil kesempatan meraikan dan mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Pn Faziah bt Sulaiman (22 Oktober) dan Cik Asiah Mohamad Hashim (23 Oktober). Semoga Allah merahmati, memberkati dan melimpahkan kebaikan kepada mereka.






LPS- Bengkel Kemahiran Orienteering

Tn Hj Mustafa Kamal telah membimbing ahli mesyuarat menggunakan kompas dan peta secara 'hands on' semasa bengkel kemahiran orienteering dilaksanakan di Hotel Harbour View, Kuching, Sarawak.
Bengkel ini amat menarik dan kemahiran ini boleh digunakan dalam aktiviti Unit Beruniform.



LPS- Teknik Bercerita untuk Unit Beruniform

Perkongsian ilmu daripada Puan Faziah bt Sulaiman tentang teknik bercerita dalam aktiviti Unit Beruniform.




Isnin, Oktober 21, 2013

Penyerahan Tugas Penyelaras Unit Beruniform

Secara rasminya pada 21 Oktober 2013 Pn Ruziaton Jamros menyerahkan tugas sebagai Penyelaras Unit Beruniform kepada Cik Asiah Mohamad Hashim. Pihak Unit Kokurikulum mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Pn Ruziaton Jamros atas lantikan sebagai Ketua Jabatan Matematik.



Mesyuarat Unit Kokurikulum IPGKBM Bil 4/2013

Tarikh:  20-22 Oktober 2013
Tempat:  Bilik Bukit Tebu 6, Aras 1, Hotel Harbour View, Kuching, Sarawak

Agenda:

  1. Ucapan Pengerusi
  2. Pengesahan Minit Mesyuarat
  3. Perkara berbangkit
  4. Pelaporan Penyelaras-penyelaras Kursus 2013
  5. Pembentangan Penilaian Pelaksanaan  Kokurikulum 2013
  6. Penetapan Carta Organisasi Unit Kokurikulum 2014
  7. Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran 2014
  8. Perancangan Takwim Kokurikulum 2014
  9. Hal-hal lain
  10. Penutup











Jumaat, Oktober 04, 2013

Bengkel Akhbar Dalam Darjah anjuran Persatuan BM-ADD PISMP 6C dan BH

Tarikh: 4 Oktober 2013
Masa:  7.30 Pagi - 12.30 tengahari
Tempat:  Dewan Hamzah Fansuri

Menganjurkan bengkel ADD dengan kerjasama BH merupakan projek persatuan BM-ADD yang perlu dipenuhi oleh pelatih PISMP 6C.  Sasaran bengkel ini ialah kepada pelatih PPISMP Semester 1.


Rabu, Oktober 02, 2013

Isnin, September 30, 2013

Program Anak Angkat BIG PISMP Semester 4 Ambilan Januari 2012

Program Anak Angkat Bina Insan Guru bagi PISMP Semester 4 Ambilan Januari 2012 telah diadakan pada 25-28 September 2013 di Felda Kumai, Gugusan Bera, Pahang.



Selasa, September 17, 2013

Perkhemahan KRS - Zon Tengah

Tarikh:  10 - 13 September 2013
Tempat:  Kem D'Alam Damai, Kg Cincin, Chenderiang, Tapah, Perak
Anjuran : KRS IPG Kampus Bahasa Melayu dan IPG Kampus Ipoh
Kekuatan anggota:  IPG KBM (35 orang) dan IPG KI (206 orang)

Kem Komandan:  Mejar(KRS) Hamzah Samsudin (IPG K Ipoh)
Penolong Kem Komandan:  Mejar (KRS) Hj Shaari Abd Karim (IPG KBM)
Ketua Jurulatih:  Mejar (KRS) Yusri b Mat Johor (IPG K Ipoh)
Jurulatih-jurulatih :
Dari IPG KBM

  1. Mejar (KRS) Ahmad Taufix b Mahat
  2. Mejar (KRS) Krishna Kumary a/p Juval
  3. Kapten (KRS) Mustafa Kamal b Mohamed Zahid
  4. Kapten (KRS) Nurulhana bt Hussain
Dari IPG K Ipoh:
  1. Mejar (KRS) Taufik Ahamed
  2. Kapten (KRS) Shaddin Sabri
  3. Kapten (KRS) Zulkhairi Mahmud
  4. Kapten (KRS) Shahaliza bt Halim
  5. Kapten (KRS) Azmi Osman
  6. Kapten (KRS) Nor Azni Yahya
  7. En Azli Ahmad - Urusetia
Jurulatih Jemputan:
  1. Mejar (KRS) Sanif Safaat (IPG KTI, Johor)
  2. Mejar (KRS) Muftar M Saad (IPG K Perlis)




Kursus Kawad Kaki

Tarikh:  6 dan 7 September 2013
Hari :  Jumaat (3.00 - 6.00 petang) & Sabtu (8.00 pagi - 5.00 petang)
Tempat:  Perkarangan IPG KBM
Jurulatih jemputan dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)



Perhimpunan Unit Beruniform anjuran Pandu Puteri Kadet IPG KBM

Tarikh:  4 September 2013
Masa  2.30 - 4.30 petang
Tempat:  Dewan Za'ba IPG KBM
Perasmi :  Datin Siti Hanifah bt Madarsa, Pengarah IPG KBM




Aktiviti Akhbar Dalam Darjah Persatuan BM ADD PISMP Semester 6

Persatuan Bahasa Melayu - Akhbar Dalam Darjah (ADD) ditubuhkan semester ini bagi tujuan memenuhi Proforma Persatuan PISMP Semester 6 - WAJ 3113.  Persatuan ini dianggotai oleh pelajar-pelajar PISMP 6C.  Persatuan bagi semester 6 ditubuhkan mengikut matapelajaran major pelajar.

Isnin, Mei 13, 2013

EKSPLORASI FLORA DAN FAUNA TAMAN NEGARA PAHANG & PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN KUALA GANDAH PAHANG


EKSPLORASI FLORA DAN FAUNA  TAMAN NEGARA PAHANG & PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN KUALA GANDAH PAHANG

Unit Kokurikulum dan pasukan unit beruniform Puteri Islam Semester 5 telah menganjurkan Eksplorasi Flora Dan Fauna ke Taman Negara Kuala Tahan pada   22-24 Mac 2013. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah eksplorasi malam,  mendaki Bukit Terisik, ‘jungle trekking ke ‘canopy walkway, meniti jambatan gantung terpanjang di dunia dan ‘rapids shooting’ merentasi jeram Sungai Tembeling.  Peserta turut ditunjukkan cara menyumpit dan kaedah menghidupkan api secara natural di perkampungan orang asli di Jeram Dedari.  Program diakhiri dengan melawat Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah. Pahang.