Selasa, Oktober 30, 2012

Majlis Qurban IPG KBM

Majlis Qurban IPG KBM telah diadakan pada hari Tashriq yang ketiga, 29 Oktober 2012 di perkarangan surau At-Taqwa IPG KBM.  Majlis ini telah dijayakan oleh warga IPG KBM.


Selasa, Oktober 23, 2012

Anugerah Citra Keguruan IPG KBM 2012


Anugerah Citra Keguruan IPGKBM 2012

Tarikh:  19 Oktober 2012
Masa:  3.00 petang - 5.00 petang
Tempat: Dewan Tun Sri Lanang


   Anugerah Citra Keguruan adalah anugerah khas yang diberikan kepada pelajar IPG KBM pada akhir setiap tahun atas pencapaian dan sumbangan pelajar dalam aktiviti-aktiviti institut. Anugerah tersebut bertujuan memberikan pengiktirafan kepada pelajar yang cemerlang dalam kepemimpinan, akademik dan pelbagai pertandingan.

Objektif Majlis ini diadakan ialah untuk:
1.    Menghargai dan mengiktiraf pelajar  yang telah memberi perkhidmatan, sumbangan dan kepemimpinan yang cemerlang  terhadap kemajuan institut.

2.   Menghargai dan mengiktiraf  pelajar IPG KBM  yang mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelbagai pertandingan yang sekaligus mengharumkan nama institut.
 
3. Menghargai dan mengiktiraf pelajar IPG KBM yang telah mendapat kejayaan yang cemerlang dalam akademik.

Kategori Anugerah

Anugerah Bagi Prestasi Dalam Pertandingan

  • Anugerah Perdana Institut

 Penerima anugerah ini dipilih daripada penerima  terbaik  dari kalangan penerima Anugerah Satria

  • Anugerah Satria

     Anugerah ini dihadiahkan kepada pelajar yang mencapai kejayaan yang tinggi dalam satu bidang:

     1. Mewakili negara dalam satu atau pelbagai bidang kokurikulum  

     2. Menjadi johan KAGUM atau pertandingan terbuka 

kebangsaan

     3. Laporan disiplin yang memuaskan daripada JHEP

  • Anugerah Wira

Anugerah ini dihadiahkan kepada pelajar yang mewakili institut/ zon ke KAGUM atau pertandingan terbuka peringkat kebangsaan dan mendapat tempat kedua atau ketiga.

  • Sijil Prestasi Cemerlang

Sijil ini akan dihadiahkan kepada pelajar yang menjadi johan dalam pertandingan KAGUM atau kejohanan terbuka peringkat zon.


 Anugerah Kepemimpinan

  • Anugerah Citra Emas
      Anugerah khas kepemimpinan yang paling tinggi yang dihadiahkan kepada pelajar yang telah memberi sumbangan dan khidmat cemerlang dalam pelbagai bidang:
1.       Mempunyai daya kepimpinan yang sangat tinggi, proaktif, punya inisiatif sendiri dan mampu menjadi pelajar yang boleh dicontohi.
2.       Dipilih dalam kalangan penerima Anugerah Perak  
  • Anugerah Citra Perak
Anugerah ini merupakan anugerah kepemimpinan yang dihadiahkan kepada pelajar yang telah    memberi sumbangan dan khidmat serta memenuhi kriteria berikut:
1. Menganggotai beberapa jawatankuasa sebagai pegawai
    penting (pengerusi, setiausaha, pengerusi jawatankuasa dll)
2. Menunjukkan minat dan berdedikasi dalam tugas.
3. Berdisiplin, bersikap positif dan tiada kes salah laku.
4. Sentiasa sedia memberi sumbangan dan khidmat kepada
    institut.
5. Laporan disiplin yang memuaskan daripada JHEP

 

Anugerah kecemerlangan akademik.

  •   Anugerah Pengarah


Jumaat, Oktober 19, 2012

Perhimpunan Unit Beruniform Bil 5/2012 anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia IPGKBM


Perhimpunan Unit Beruniform Bil 5/2012 anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia IPGKBM telah diadakan pada 17 Oktober 2012 di Dewan Tun Sri Lanang pada jam 2.30 petang sehingga 4.00 petang.  Perhimpunan ini telah dirasmikan oleh Ustaz Anuar b Muhammad, Ketua Unit Khidmat Pengurusan IPGKBM yang mewakili Datin Pengarah.


Menelusuri Keajaiban Flora dan Fauna - Lawatan Unit Beruniform IPGKBM ke Miri, Sarawak

Menelusuri Keajaiban Flora dan Fauna - Lawatan Unit Beruniform IPGKBM ke Miri, Sarawak telah diadakan pada 29 Jun 2012 hingga 2 Julai 2012. Lawatan ini dianjurkan oleh Pergerakan Pandu Puteri IPGKBM dengan kerjasama Unit Kokurikulum IPGKBM.  Selain daripada pensyarah penasihat dan ahli Pergerakan Pandu Puteri, lawatan ini juga disertai oleh  ahli-ahli Unit Beruniform yang lain seperti KRS, Pengakap, Puteri Islam dan BSMM.  Turut sama dalam lawatan ini ialah Yang Berbahagia Datin Siti Hanifah bt Madarsa, Pengarah IPGKBM dan Yang Berbahagia Dr Hj Ali b Mahmood, Timbalan Pengarah IPGKBM.








Rabu, Oktober 17, 2012

Seminar Penulisan Kreatif - Projek Persatuan PISMP Semester 6





Seminar Penulisan Kreatif untuk Kanak-kanak dan Remaja 2012 telah dianjurkan oleh Unit Kokurikulum dan Jabatan Kesusasteraan Melayu IPGKBM pada 15 Oktober 2012.
Seminar ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datin Siti Hanifah bt Madarsa, Pengarah IPG KBM.
Ucap Utama bagi Seminar ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Sasterawan Negara Dato Dr Anwar Ridzuan, Dekan Fakulti Penulisan Kreatif, ASWARA. Pembentang kertas kerja terdiri dari Pensyarah IPGKBM dan ASWARA, serta pelajar-pelajar yang membuat kajian tentang penulisan kreatif. Peserta seminar adalah terdiri dari pelatih-pelatih guru PISMP Semester 4 dari IPG KBM, IPGKBA, IPGKTeknik, IPGKPI, IPGKIK dan pelajar-pelajar ASWARA.  Pameran hasil tulisan pelajar juga dipamerkan pada hari tersebut.

Latihan Persembahan PersatuanTeater DPLI 2/2012

Latihan Teater Kampung Semut oleh ahli Persatuan Teater DPLI semester 2 / 2012 di Dewan Za'ba pada 9 Oktober 2012













Perhimpunan Unit Beruniform Bil 4/2012 dan Pelancaran Bulan Kokurikulum











Butiran Majlis Perhimpunan Unit Beruniform KRS PISMP Semester 4 IPG KBM

Tarikh:
Tempat

PERSATUAN TMK DPLI-PERTANDINGAN FOTOGRAFI KOMPOSISI 2012









PERSATUAN TMK DPLI-PERTANDINGAN FOTOGRAFI KOMPOSISI 2012

Perkhemahan UB PISMP Semester 4 2012



KRS: PUSAT REKREASI DAN MOTIVASI SAYONG, KUALA KANGSAR, PERAKPENGAKAP: PULOKO, IPG IPOH, PERAKPANDU PUTERI KADET: KALUMPANG RESORT, HULU SELANGORPUTERI ISLAM:KALUMPANG RESORT, HULU SELANGORBSMM: SERAI SAUJANA, MORIB, BANTING, SELANGOR

Perhimpunan Unit Beruniform Bil 3/2012

Butiran Majlis Perhimpunan Unit Pergerakan Puteri Islam Malaysia

Tarikh:  25 Julai 2012
Hari   :  Rabu
Tempat:  Dewan Tun Sri Lanang
Masa   :  2.30 petang
Tema   :  Hulurkan Tangan Ringankan Beban