Rabu, Ogos 03, 2011

Aktiviti Membuat Gajet PPIM

Pergerakan Puteri Islam Malaysia IPG KBM, telah menjalankan aktiviti membuat gajet pada 3 Ogos, jam 1.00 hingga 4.00 petang, bersebelahan perkarangan Surau Asrama Adibah Amin. Aktiviti dimulakan dengan tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustazah Zaiton yang kemudian diikuti dengan solat berjamaah di Surau tersebut. Kesemua ciptaan gajet dinilai oleh pensyarah-pensyarah PPIM, Ustazah Zaiton, Ustazah Aziah dan Pn Nor Afizah. Walaupun hujan turun, tetapi aktiviti tetap dijalankan dengan jayanya.


Kumpulan Rak Periuk . Aik.....penuh dulang je...

Kumpulan Ampaian.......semangat dalam hujan !

Rak apa ni ye?

Kreatif tak ?

Puteri Islam yang riang gembira

Boleh tegak ke ni ?

Pengadil yang adil... Hidup JAPIM !

Ha ha ha....rak canggih.

Bincang stategi ikatan.....

Nak siap dah ni...

Jangan lupa kain-kain dalam mesin basuh tu...

Betul ke plannya tu..

Sambil bergembira...peace !
Ok lah tu...

Hebat kan..

Ahad, Mei 22, 2011

Perkhemahan BSMM KPLI Semester 1 Ambilan Januari 2011













































Perkhemahan Bulan Sabit Merah Malaysia telah diadakan di Kem Serai Saujana Batu Laut dari 10hb hingga 13hb Mei 2011. Perkhemahan ini melibatkan 40 orang pelatih guru KPLI Semester 1 Ambilan Januari 2011 dan 6 orang pensyarah BSMM dan jurulatih kokurikulum.

Rabu, Mei 11, 2011

Al Fatihah




Marilah sama-sama kita sedekahkan Alfatihah kepada Allahyarhamah Pn Jamaliah bt Mohd Salleh, mantan Timbalan Pengarah IPG KBM yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 5.15 pagi pada 8 Mei 2011 di Hospital Selayang. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan digolongkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Sifat keibuan dan keprihatinan beliau terhadap kebajikan warga IPG KBM menjadi kenangan manis buat semua.

Sabtu, Mei 07, 2011

Larian Guru 2011







Larian Guru 2011 dan Pelancaran 1 Murid, 1 Sukan, 1 Malaysia telah diadakan pada 7 Mei 2011 di Padang IPGKBM. Program ini telah dihadiri dan dirasmikan oleh Datin Dr Fowzia bt Osman, pengarah IPGKBM. Tetamu kehormat yang dijemput khas bagi memeriahkan program ini ialah Datuk Abd Malek bin Mohd Nor, bekas jaguh bina badan Malaysia.

Perhimpunan Unit Beruniform 3/ 2011 - Anjuran Puteri Islam













Perhimpunan Unit Beruniform 3/ 2011 anjuran Pergerakan Puteri Islam IPGKBM telah diadakan pada 27hb April 2011 di Dewan Tun Sri Lanang dari jam 2.30 hingga 4.30 petang. Perhimpunan ini telah dirasmikan oleh Pn Jamilah Ismail, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan mewakili Datin Dr Fowzia bt Osman, Pengarah IPGKBM yang bertugas di luar kampus.

Mendaki Bukit Broga






Pada 9hb April 2011, seramai 20 orang pelajar PISMP 1A telah mendaki Bukit Broga di Semenyih bagi memenuhi keperluan kursus Kuliah Pengurusan Kokurikulum,

Jumaat, April 29, 2011

SELAMAT DATANG DATIN DR FOWZIA BT OSMAN


Unit Kokurikulum IPG Kampus Bahasa Melayu mengalu-alukan kedatangan Pengarah baharu Datin Dr Fowzia bt Osman yang telah melapor diri pada 4hb April 2011. Semoga dengan kehadiran Datin di Kampus ini memantapkan lagi kecemerlangan yang telah kita semua kecapi sebagai salah satu Institut Pendidikan Guru yang unggul di Malaysia

Karnival Permainan Bola Jaring IPGKBM



Tarikh: 26 Mac 2011
Tempat: Padang IPGKBM
Masa: 7:00 pagi - 1:00 tengahari
Anjuran: Kelab Bola Jaring PPISMP Semester 2 2011

Perhimpunan Unit Beruniform 2 /2011 - Anjuran KLM01-Pengakap












Majlis perhimpunan unit beruniform anjuran KLM01 Pengakap IPG Kampus Bahasa Melayu telah diadakan di dewan Za'ba pada 30 Mac 2011 pada jam 2:30 petang. Perhimpunan ini telah dirasmikan oleh Pn Jamilah Ismail, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan kerana mewakili Timbalan Pengarah yang menjalankan tugas rasmi di luar kampus.

Rabu, Mac 30, 2011

Perhimpunan Unit Beruniform 1 /2011 - Anjuran KRS


Tugasan Gajet Mini- KRS











Pada sesi Kursus Semasa Cuti November - Disember 2010, kumpulan KRS KDPM KEMAS telah ditugaskan untuk menghasilkan gajet mini menggunakan teknik simpulan yang telah dipelajari.
Antara gajet mini yang telah dihasilkan adalah rak pinggan, pintu gerbang, tiang bendera, tangga, rak kasut dan tiang penyidai tuala.

Perkhemahan Pelajar KSC









Satu program Perkhemahan Unit Beruniform kursus semasa cuti telah diadakan di Kem Serai Saujana, Batu Laut pada bulan Disember 2010. Perkhemahan ini melibatkan unit Bulan Sabit Merah Malaysia dan KRS.