Rabu, Mei 02, 2012

Jamuan Makan meraikan persaraan En Zakariah b Mohd Idrus









Unit Kokurikulum telah mengadakan jamuan makan tidak formal untuk meraikan persaraan En Zakariah b Mohd Idrus yang akan bersara wajib pada 5 Mei 2012.  Jamuan makan tengahari ini diadakan di Restoran Ar Rawsha, Kg Pandan pada 30 April 2012.

LPS - Drama dalam Pendidikan










Unit Kokurikulum dan Unit LDP telah menganjurkan Kursus Drama dalam Pendidikan pada 25 April 2012 di bilik Mikro IPGKBM dari jam 2.30 petang sehingga 4.30 petang.  Kursus tersebut telah dikendalikan oleh Jurulatih Kokurikulum yang juga merupakan pensyarah cemerlang DG54 Pn Faziah bt Sulaiman.

Jumaat, April 20, 2012

Perhimpunan Unit Beruniform 2/ 2012 - anjuran Pandu Puteri

Perhimpunan Unit Beruniform Bil 2/2012 telah dianjurkan oleh Pandu Puteri Kadet IPG KBM di Dewan Za'ba pada 18 April 2012. Pandu Puteri Kadet telah memilih tema "Kita boleh menyelamatkan bumi kita".