Larian Guru IPGKBM telah diadakan pada hari Sabtu 23 Jun 2012 anjuran Jabatan Kokurikulum dengan kerjasama daripada Pelajar PISMP Semester 6. Datuk Marina Chin telah dijemput untuk merasmikan Larian Guru tersebut.
Seluruh warga Unit Kokurikulum mengucapkan Selamat Bersara dan Selamat Hari Lahir buat Tn Hj Zakariah b Mohd Idrus atas persaraan sebagai penjawat awam pada hari yang penuh bersejarah ini. Doa kami semoga Tn Hj dilimpahi kesihatan dan kebahagiaan dalam menempuh hari-hari selepas persaraan.
Satu hari nanti, Apabila telah berada di puncak, Jangan lupa pada tangga-tangga yang dipijak. Sesungguhnya perjalanan meniti tangga-tangga itu sangat berharga. Apatah lagi meniti tangga yang rapuh dengan izinNya
Kuliah Pengurusan Kokurikulum PISMP 1B dengan bimbingan Pensyarah Kokurikulum, Pn Nurulhana Hussain telah mengadakan satu lawatan ke Zoo Negara pada 4hb Mei 2012 .
Unit Kokurikulum telah mengadakan jamuan makan tidak formal untuk meraikan persaraan En Zakariah b Mohd Idrus yang akan bersara wajib pada 5 Mei 2012. Jamuan makan tengahari ini diadakan di Restoran Ar Rawsha, Kg Pandan pada 30 April 2012.
Unit Kokurikulum dan Unit LDP telah menganjurkan Kursus Drama dalam Pendidikan pada 25 April 2012 di bilik Mikro IPGKBM dari jam 2.30 petang sehingga 4.30 petang. Kursus tersebut telah dikendalikan oleh Jurulatih Kokurikulum yang juga merupakan pensyarah cemerlang DG54 Pn Faziah bt Sulaiman.