Isnin, Ogos 09, 2010

Kursus Kejurulatihan dan Kepegawaian Bola Jaring

Kursus ini telah diadakan pada 7 - 8 Ogos 2010 di IPG Kampus Bahasa Melayu kelolaan Kelab Bola Jaring Kumpulan Guru Pelatih PISMP Semester 2 dan PPISMP Semester 3. Kursus ini dikendalikan oleh Jurulatih Bola Jaring Kebangsaan, Pn Rusnah Minin.

Peserta kursus didedahkan tentang format asas kejurulatihan, pengadilan dan pengurusan pertandingan Bola Jaring secara teori dan amali.