Khamis, November 11, 2010

Majlis Anugerah Citra Keguruan 2010











Tarikh : 3 November 2010
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Tun Sri Lanang, IPGKBM.

Anugerah Citra keguruan adalah anugerah khas yang diberikan kepada pelajar IPG KBM pada setiap akhir tahun atas pencapaian dan sumbangan pelajar dalam aktiviti-aktiviti institut.

Kategori Anugerah
  • Anugerah Pencapaian:
  1. Anugerah Perdana Institut
  2. Anugerah Satria
  3. Anugerah Wira
  4. Sijil Prestasi Cemerlang
  • Anugerah Kepimpinan
  1. Anugerah Citra Emas
  2. Anugerah Citra Perak

Objektif majlis:
  1. Meraikan para guru pelatih yang berjaya mengharumkan nama institut di peringkat yang tinggi.
  2. Menghargai jasa dan pengorbanan guru pelatih terhadap institut.
  3. Membakar semangat kesukanan, menanam sikap kepimpinan serta meningkatkan kecemerlangan akademik dalam kalangan guru pelatih.
  4. Mewujudkan suasana harmoni dalam kalangan pensyarah serta guru pelatih.
  5. Memberi peluang kepada guru pelatih yang menabur jasa di institut menerima pengiktirafan yang bermakna.