Rabu, Ogos 10, 2011

Aktiviti Membuat Dapur Solar PPIM

Pada 10 Ogos, jam 12.30 - 1.20 petang ahli-ahli PPIM mengadakan aktiviti membuat dapur solar bertempat di kelas A 1.9. Kesemua ahli bekerja dalam kumpulan menyiapkan dapur solar yang dibimbing oleh Pn Ruziaton dari Unit Kokurikulum. Ustazah Zaiton tidak ketinggalan menunjukkan kemahiran membuat dapur solar tersebut. Aktiviti berjalan dalam keadaan ceria dan semangat berpasukan. Terus berjaya PPIM.