Khamis, Oktober 31, 2013

Pelajar Dan Pensyarah IPGKBM Cipta Rekod Malaysia

Pelajar Dan Pensyarah IPGKBM Cipta Rekod Malaysia

Para pelajar dan pensyarah IPGKBM telah mencipta rekod Malaysia dalam Program Senam 1Malaysia 36 jam tanpa henti pada 5 hingga 6 Oktober 2013 yang telah diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak Universiti Kebangsaan Malaysia. Datin Padlon Abdul Rahman, Puan S.Punithavathi dan Encik Noor Azuddin Mohd Noordin turut terlibat secara langsung dalam program tersebut. Program yang dilaksanakan ini merupakan kesinambungan daripada Bengkel Senam 1Malaysia yang telah diadakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) pada bulan Ogos 2013 yang lalu