Khamis, Februari 07, 2013

Sambutan Maulidur Rasul


Sambutan Maulidur Rasul di peringkat IPG KBM telah diadakan pada 7hb Februari 2013 bertempat di Dewan Zaaba. Sambutan ini dihiasi dengan persembahan Qasidah oleh guru pelatih lelaki dan Forum Bicara Ilmu.  Ahli Panel Forum jemputan ialah Dr Zawawi Ismail, Timbalan Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya dan Dr Fakhrul Adabi, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Islam juga dari Universiti Malaya.  Moderator Forum ialah Saudari NurLailam, guru pelatih PISMP Semester 5.