Selasa, Oktober 06, 2015

Lawatan PISMP 6C ke Pusat Kokurikulum Selangor, Sg Tekali

Projek Kursus Persatuan WAJ3131 PISMP 6C Ambilan Januari 2013 melibatkan 21 orang siswa pendidik.  Lawatan 1 hari ke Pusat Kokurikulum Selangor, Sg Tekali pada 30 September 2015 ini dilaksanakan bagi memenuhi syarat kerja kursus yang perlu dilengkapkan oleh pelajar.  Pensyarah penasihat ialah Tn Hj Mustafa Kamal b Mohamed Zahid.  Pensyarah pengiring yang turut serta dalam lawatan ini ialah Tn Hj Suhasni b Dollah.

Pelajar diberi pendedahan tentang peralatan, perkhidmatan dan kemudahan yang ada di Pusat Kokurikulum tersebut.  Selain dari itu pelajar juga belajar tentang prosedur yang terlibat dalam pengurusan dan pengendalian pusat tersebut.