Khamis, November 12, 2015

Karnival Olahraga

Tarikh: 20 Oktober 2015
Hari: Selasa
Masa: 3.00 - 6.00 Petang
Tempat: Dewan Terbuka dan Dewan Aminudin Baki IPGKBM
Anjuran: Unit Kokurikulum & PISMP Semester 5 Ambilan Jun 2013


Karnival Olahraga ini yang sepatutnya dilaksanakan di Padang IPGKBM telah diubahsuai acara yang dipertandingkan kerana masalah jerebu yang melanda negara.
Acara 100m, 200m, 4 x 100m, dan 800m  L dan P telah dikendalikan di Dewan Aminudin Baki. Acara Lompat Jauh ditukar kepada Lompat Berdiri manakala Lontar Peluru ditukar kepada Lontar Bola Sihat.  Lompat Berdiri, Lontar Bola Sihat dan Lompat Tinggi telah dilaksanakan di Dewan Terbuka. Manakala bagi acara 2km dan 3km Jalan Kaki telah ditukar kepada acara mendaki tangga bangunan menara IPGKBM 12 tingkat.

Karnival Olahraga ini telah dihadiri oleh YM Tengku Adli b Raja Omar, Timbalan Pengarah IPGKBM (Perasmi dan Penyampai hadiah) serta jurulatih Olahraga Unit Kokurikulum sepanjang karnival berlangsung.