Sabtu, Mei 07, 2011

Larian Guru 2011







Larian Guru 2011 dan Pelancaran 1 Murid, 1 Sukan, 1 Malaysia telah diadakan pada 7 Mei 2011 di Padang IPGKBM. Program ini telah dihadiri dan dirasmikan oleh Datin Dr Fowzia bt Osman, pengarah IPGKBM. Tetamu kehormat yang dijemput khas bagi memeriahkan program ini ialah Datuk Abd Malek bin Mohd Nor, bekas jaguh bina badan Malaysia.

Perhimpunan Unit Beruniform 3/ 2011 - Anjuran Puteri Islam













Perhimpunan Unit Beruniform 3/ 2011 anjuran Pergerakan Puteri Islam IPGKBM telah diadakan pada 27hb April 2011 di Dewan Tun Sri Lanang dari jam 2.30 hingga 4.30 petang. Perhimpunan ini telah dirasmikan oleh Pn Jamilah Ismail, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan mewakili Datin Dr Fowzia bt Osman, Pengarah IPGKBM yang bertugas di luar kampus.

Mendaki Bukit Broga






Pada 9hb April 2011, seramai 20 orang pelajar PISMP 1A telah mendaki Bukit Broga di Semenyih bagi memenuhi keperluan kursus Kuliah Pengurusan Kokurikulum,

Jumaat, April 29, 2011

SELAMAT DATANG DATIN DR FOWZIA BT OSMAN


Unit Kokurikulum IPG Kampus Bahasa Melayu mengalu-alukan kedatangan Pengarah baharu Datin Dr Fowzia bt Osman yang telah melapor diri pada 4hb April 2011. Semoga dengan kehadiran Datin di Kampus ini memantapkan lagi kecemerlangan yang telah kita semua kecapi sebagai salah satu Institut Pendidikan Guru yang unggul di Malaysia

Karnival Permainan Bola Jaring IPGKBM



Tarikh: 26 Mac 2011
Tempat: Padang IPGKBM
Masa: 7:00 pagi - 1:00 tengahari
Anjuran: Kelab Bola Jaring PPISMP Semester 2 2011

Perhimpunan Unit Beruniform 2 /2011 - Anjuran KLM01-Pengakap












Majlis perhimpunan unit beruniform anjuran KLM01 Pengakap IPG Kampus Bahasa Melayu telah diadakan di dewan Za'ba pada 30 Mac 2011 pada jam 2:30 petang. Perhimpunan ini telah dirasmikan oleh Pn Jamilah Ismail, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan kerana mewakili Timbalan Pengarah yang menjalankan tugas rasmi di luar kampus.

Rabu, Mac 30, 2011

Perhimpunan Unit Beruniform 1 /2011 - Anjuran KRS


Tugasan Gajet Mini- KRS











Pada sesi Kursus Semasa Cuti November - Disember 2010, kumpulan KRS KDPM KEMAS telah ditugaskan untuk menghasilkan gajet mini menggunakan teknik simpulan yang telah dipelajari.
Antara gajet mini yang telah dihasilkan adalah rak pinggan, pintu gerbang, tiang bendera, tangga, rak kasut dan tiang penyidai tuala.

Perkhemahan Pelajar KSC









Satu program Perkhemahan Unit Beruniform kursus semasa cuti telah diadakan di Kem Serai Saujana, Batu Laut pada bulan Disember 2010. Perkhemahan ini melibatkan unit Bulan Sabit Merah Malaysia dan KRS.

Khamis, November 11, 2010

Selamat Bersara Puan Pengarah IPG KBM

Majlis Anugerah Citra Keguruan 2010











Tarikh : 3 November 2010
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Tun Sri Lanang, IPGKBM.

Anugerah Citra keguruan adalah anugerah khas yang diberikan kepada pelajar IPG KBM pada setiap akhir tahun atas pencapaian dan sumbangan pelajar dalam aktiviti-aktiviti institut.

Kategori Anugerah
  • Anugerah Pencapaian:
  1. Anugerah Perdana Institut
  2. Anugerah Satria
  3. Anugerah Wira
  4. Sijil Prestasi Cemerlang
  • Anugerah Kepimpinan
  1. Anugerah Citra Emas
  2. Anugerah Citra Perak

Objektif majlis:
  1. Meraikan para guru pelatih yang berjaya mengharumkan nama institut di peringkat yang tinggi.
  2. Menghargai jasa dan pengorbanan guru pelatih terhadap institut.
  3. Membakar semangat kesukanan, menanam sikap kepimpinan serta meningkatkan kecemerlangan akademik dalam kalangan guru pelatih.
  4. Mewujudkan suasana harmoni dalam kalangan pensyarah serta guru pelatih.
  5. Memberi peluang kepada guru pelatih yang menabur jasa di institut menerima pengiktirafan yang bermakna.