Rabu, Oktober 02, 2013

Isnin, September 30, 2013

Program Anak Angkat BIG PISMP Semester 4 Ambilan Januari 2012

Program Anak Angkat Bina Insan Guru bagi PISMP Semester 4 Ambilan Januari 2012 telah diadakan pada 25-28 September 2013 di Felda Kumai, Gugusan Bera, Pahang.



Selasa, September 17, 2013

Perkhemahan KRS - Zon Tengah

Tarikh:  10 - 13 September 2013
Tempat:  Kem D'Alam Damai, Kg Cincin, Chenderiang, Tapah, Perak
Anjuran : KRS IPG Kampus Bahasa Melayu dan IPG Kampus Ipoh
Kekuatan anggota:  IPG KBM (35 orang) dan IPG KI (206 orang)

Kem Komandan:  Mejar(KRS) Hamzah Samsudin (IPG K Ipoh)
Penolong Kem Komandan:  Mejar (KRS) Hj Shaari Abd Karim (IPG KBM)
Ketua Jurulatih:  Mejar (KRS) Yusri b Mat Johor (IPG K Ipoh)
Jurulatih-jurulatih :
Dari IPG KBM

  1. Mejar (KRS) Ahmad Taufix b Mahat
  2. Mejar (KRS) Krishna Kumary a/p Juval
  3. Kapten (KRS) Mustafa Kamal b Mohamed Zahid
  4. Kapten (KRS) Nurulhana bt Hussain
Dari IPG K Ipoh:
  1. Mejar (KRS) Taufik Ahamed
  2. Kapten (KRS) Shaddin Sabri
  3. Kapten (KRS) Zulkhairi Mahmud
  4. Kapten (KRS) Shahaliza bt Halim
  5. Kapten (KRS) Azmi Osman
  6. Kapten (KRS) Nor Azni Yahya
  7. En Azli Ahmad - Urusetia
Jurulatih Jemputan:
  1. Mejar (KRS) Sanif Safaat (IPG KTI, Johor)
  2. Mejar (KRS) Muftar M Saad (IPG K Perlis)




Kursus Kawad Kaki

Tarikh:  6 dan 7 September 2013
Hari :  Jumaat (3.00 - 6.00 petang) & Sabtu (8.00 pagi - 5.00 petang)
Tempat:  Perkarangan IPG KBM
Jurulatih jemputan dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)



Perhimpunan Unit Beruniform anjuran Pandu Puteri Kadet IPG KBM

Tarikh:  4 September 2013
Masa  2.30 - 4.30 petang
Tempat:  Dewan Za'ba IPG KBM
Perasmi :  Datin Siti Hanifah bt Madarsa, Pengarah IPG KBM




Aktiviti Akhbar Dalam Darjah Persatuan BM ADD PISMP Semester 6

Persatuan Bahasa Melayu - Akhbar Dalam Darjah (ADD) ditubuhkan semester ini bagi tujuan memenuhi Proforma Persatuan PISMP Semester 6 - WAJ 3113.  Persatuan ini dianggotai oleh pelajar-pelajar PISMP 6C.  Persatuan bagi semester 6 ditubuhkan mengikut matapelajaran major pelajar.

Isnin, Mei 13, 2013

EKSPLORASI FLORA DAN FAUNA TAMAN NEGARA PAHANG & PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN KUALA GANDAH PAHANG


EKSPLORASI FLORA DAN FAUNA  TAMAN NEGARA PAHANG & PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN KUALA GANDAH PAHANG

Unit Kokurikulum dan pasukan unit beruniform Puteri Islam Semester 5 telah menganjurkan Eksplorasi Flora Dan Fauna ke Taman Negara Kuala Tahan pada   22-24 Mac 2013. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah eksplorasi malam,  mendaki Bukit Terisik, ‘jungle trekking ke ‘canopy walkway, meniti jambatan gantung terpanjang di dunia dan ‘rapids shooting’ merentasi jeram Sungai Tembeling.  Peserta turut ditunjukkan cara menyumpit dan kaedah menghidupkan api secara natural di perkampungan orang asli di Jeram Dedari.  Program diakhiri dengan melawat Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah. Pahang.












Isnin, Mei 06, 2013

Karnival Boling anjuran Kelab Boling PPISMP 3B

Tarikh: 30hb April 2013
Tempat: The Mines
Masa:  11.00 pagi


Perhimpunan unit beruniform 1/2013 anjuran KRS PISMP Sem 3

Perhimpunan unit beruniform 1/2013 anjuran KRS PISMP  Sem 3 Ambilan Januari 2012 telah dilaksanakan pada 17hb April 2013 di Dewan Za'ba IPG KBM.


Isnin, April 01, 2013

BIG PISMP SEM 1D & 1E

Tempat:  Kem Benteng Negara, Melaka
Tarikh: 12 - 15 April 2013
Kem Komandan:  Tn Hj Ayob bin Sukani




Selasa, Mac 05, 2013

Kejohanan Trek dan Padang IPG KBM 2013

Kejohanan Trek dan Padang IPG KBM telah diadakan pada 2 Mac 2013 di Kompleks Sukan Universiti Putra Malaysia.  Kejohanan ini telah dirasmikan oleh YB Senator A. Kohilan Pillay, Timbalan Menteri Luar Negeri. Majlis yang bermula seawal jam 7.30 pagi ini berakhir pada pukul 5.00 petang.   Johan rumah sukan pada tahun ini disandang oleh Rumah Pendekar (Kuning).  Naib Johan rumah sukan pula disandang oleh Rumah Satria (Jingga).

Senarai Ketua Pensyarah Penasihat dan Pengerusi Rumah Sukan Tahun 2013.

Rumah Pendekar (Kuning) :  Cik Siti Salamah Mohd Yusof
                                         :  Amirol Putra b Adizar
Rumah Satria  (Jingga)       :  Cik Krishna Kumary Juval
                                         :  Muhammad Aliff b Kamal Affandi
Rumah Pahlawan (Merah) :  En Khalid b Jonit
                                        :  Harryanto Friderict
Rumah Panglima (Hijau)    :  En Mohd Izzat b Abdullah
                                        :  Shahrul Nizam b Mohd Aman@Justin
Rumah Laksamana (Ungu):  Pn Rayahin Zarifah bt Abd Hafidz
                                        :  Muhammad Amin b Abu









                                   

Khamis, Februari 07, 2013

Sambutan Maulidur Rasul


Sambutan Maulidur Rasul di peringkat IPG KBM telah diadakan pada 7hb Februari 2013 bertempat di Dewan Zaaba. Sambutan ini dihiasi dengan persembahan Qasidah oleh guru pelatih lelaki dan Forum Bicara Ilmu.  Ahli Panel Forum jemputan ialah Dr Zawawi Ismail, Timbalan Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya dan Dr Fakhrul Adabi, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Islam juga dari Universiti Malaya.  Moderator Forum ialah Saudari NurLailam, guru pelatih PISMP Semester 5.

Boling Tenpin




Pada semester ini Kelab  Boling Tenpin telah diwujudkan bagi memilih pemain terbaik dalam kalangan guru pelatih IPG KBM untuk mewakili institut ke KAGUM yang akan diadakan pada tahun ini.  Kelab boling ini dianggotai oleh seramai 18 orang pelajar PPISMP Semester 3 Ambilan Januari 2012 di bawah pimpinan Jurulatih Kanan Kokurikulum Pn Faziah bt Sulaiman dan Pensyarah Kokurikulum  Pn Nurulhana bt Hussain. Latihan bagi permainan Boling ini diadakan pada setiap hari Isnin di Pusat Membeli Belah Mines di Seri Kembangan.

Pautan kepada blog tentang permainan Boling

BIG DPLI Semester 3 di Kem Rimba Pulau Pangkor







Unit Kokurikulum telah menganjurkan BIG bagi kumpulan pelajar DPLI Semester 3 Ambilan Januari 2012 pada 8hb - 11hb Januari di Kem Rimba Pulau Pangkor.  Seramai 78 orang pelajar, 10 orang Pensyarah dan dua orang staf sokongan telah terlibat dalam program BIG ini.

Kem Komandan :  Tn Hj Shamsuddin bin Mahmod
Pemantau:  En Noor Azuddin b Mohd Noordin
Jurulatih:   Tn Hj Mustafa Kamal Mohd Zahid
                Tn Hj Fauzi bin Abdullah
                En Ahmad Taufix b Mahat
                Pn Punithavathi a/p Sinnappoo
                Pn Nurulhana bt Hussain
                Pn Vennila a/p Veerappan
                Dr Hj Md Sabri b Che Man
                En Yunus bin Jurait
Staf         : En Shahrul Nizan b Abd Shukor
                En Hashim b Ismail