Jumaat, Oktober 01, 2010

Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri







Pada 27hb September 2010, bersamaan dengan hari Isnin, satu perhimpunan bulanan dan sambutan hari raya Aidilfitri telah dianjurkan secara bersama oleh Jabatan Matematik, Unit Kokurikulum dan Unit Praktikum serta pelajar PISMP Semester 6 di Dewan Za'ba IPG Kampus Bahasa Melayu. Acara telah bermula pada jam 2.45 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. Ketibaan Puan Pengarah, Puan Soriah bt Abdullah, telah disambut dengan paluan kompang dan disertai dengan gimik yang dipersembahkan oleh Persatuan Silat Cekak Hanafi.
Selepas nyanyian lagu Negaraku, doa dibacakan oleh saudara Hafis Hafifi dari kelas PISMP 6A. Perhimpunan pada hari itu telah dikendalikan oleh juruacara dari kelas PISMP 6A juga, iaitu Mohamad Adhaa b Lamry dan NurAfiqah bt Mahat manakala teks juruacara disediakan oleh Yassier.

Selepas bacaan doa, acara diteruskan dengan ikrar perkhidmatan awam dan nyanyian lagu perkhidmatan awam oleh semua yang hadir dan diketuai oleh Ketua Unit Kokurikulum, En Noor Azuddin b Mohd Noordin.

Ucapan wakil pelajar telah disampaikan oleh saudara Mohamad Muhaimin b Mohamad Zaki. Ucapan wakil Jabatan di sampaikan oleh Ketua Unit Praktikum, En Johari b Jonid dan ucapan perasmian dan pelancaran blog disampaikan oleh Pn Pengarah, Pn Soriah bt Abdullah.
Pelancaran blog rasmi dikendalikan oleh En Badrulzaman b Razali mewakili Jabatan Matematik, Unit Kokurikulum dan Unit Praktikum.

Majlis diserikan dengan persembahan sketsa 'Hari Raya Dulu dan Kini' oleh gabungan pe
lajar-pelajar PISMP Semester 6. Persembahan kedua adalah nyanyian lagu-lagu raya oleh pensyarah.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Piala Soriah dan hadiah iringan kepada johan dan naib johan kumpulan debat antara persatuan. Hadiah sempena pertandingan hari Kemerdekaan juga disampaikan kepada para pemenang oleh Pn Pengarah.

Majlis diakhiri dengan jamuan hari raya yang ditaja oleh pengusaha kantin Rosli Catering.