Selasa, Oktober 26, 2010

Perkhemahan Unit Beruniform PISMP Semester 4



Tarikh : 5 Oktober - 8 Oktober 2010
Tempat : Kem Serai Saujana, Banting, Selangor
Unit terlibat : Pandu Puteri Kadet, Kadet Remaja Sekolah dan Puteri Islam
Bilangan pelajar : 139 orang
Kem Komanden : Pn Ruziaton bt Jamros
Penolong Kem Komanden : En Muzarpar bin Esnawi
Pemimpin : (1) Pn Norhayati bt Md Yatim
(2) Pn Aishah bt Abd Ghani
(3) Hj Shaari bin Abd Karim
(4) En Taufix bin Mahat
(5) Cik Krishna kumari a/p Juval
(6) Pn Zaiton bt Mat Deris
(7) Pn Aziah bt Jesan
(8) Pn Noor Afizah bt Mohd Nor
Objektif perkhemahan ini diadakan antaranya ialah memberi peluang kepada para pelajar meningkatkan kemahiran mengurus pasukan unit beruniform, mengaplikasi kemahiran merancang program dan melaksanakan aktiviti perkhemahan unit beruniform serta memupuk daya tahan dan kepimpinan dalam kalangan pelajar.















Sepanjang perkhemahan, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan. Antara aktiviti yang melibatkan semua unit beruniform secara gabungan ialah Salam Perkenalan, Qiamullai, Kawad Kaki, Latihan Ikatan dan Simpulan, Latihan Pertolongan Cemas, Latihan Kepimpinan, Eksplorasi Hutan Bakau dan malam Kebudayaan.

Aktiviti mengikut unit beruniform juga diadakan. Pasukan Pandu Puteri Kadet telah menjalankan aktiviti "Backwoodman's Cooking dan Istiadat Pandu Puteri Tunas, Pasukan Puteri Islam telah mengadakan aktiviti masakan rimba dan sesi ceramah bertajuk " Kenali Diri Anda Melalui PPIM" oleh penceramah jemputan iaitu Ustazah Shamsina bt Shamsuddin dari IPG Kampus Pendidikan Islam sementara Pasukan Kadet Remaja Sekolah telah menjalankan aktiviti Latihan Kawad kaki dan Upacara Menaikan bendera.

Semasa perkhemahan ini para pelajar juga telah berpeluang mengukuhkan kemahiran ikatan dengan membuat gejet, mengurus aktiviti perkhemahan dan memimpin aktiviti kerohanian.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Puan Jamaliah bt Mohd Salleh, Timbalan Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur.

Akhir kata, semoga perkhemahan unit beruniform ini telah menambah pengetahuan, pengalaman dan memantapkan kemahiran perkhemahan selain memupuk sikap dan nilai murni dalam kalangan pelajar dan diharap ia dapat dimanfaatkan ketika memimpin pasukan unit beruniform di sekolah kelak.