Selasa, Oktober 23, 2012

Anugerah Citra Keguruan IPG KBM 2012


Anugerah Citra Keguruan IPGKBM 2012

Tarikh:  19 Oktober 2012
Masa:  3.00 petang - 5.00 petang
Tempat: Dewan Tun Sri Lanang


   Anugerah Citra Keguruan adalah anugerah khas yang diberikan kepada pelajar IPG KBM pada akhir setiap tahun atas pencapaian dan sumbangan pelajar dalam aktiviti-aktiviti institut. Anugerah tersebut bertujuan memberikan pengiktirafan kepada pelajar yang cemerlang dalam kepemimpinan, akademik dan pelbagai pertandingan.

Objektif Majlis ini diadakan ialah untuk:
1.    Menghargai dan mengiktiraf pelajar  yang telah memberi perkhidmatan, sumbangan dan kepemimpinan yang cemerlang  terhadap kemajuan institut.

2.   Menghargai dan mengiktiraf  pelajar IPG KBM  yang mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelbagai pertandingan yang sekaligus mengharumkan nama institut.
 
3. Menghargai dan mengiktiraf pelajar IPG KBM yang telah mendapat kejayaan yang cemerlang dalam akademik.

Kategori Anugerah

Anugerah Bagi Prestasi Dalam Pertandingan

  • Anugerah Perdana Institut

 Penerima anugerah ini dipilih daripada penerima  terbaik  dari kalangan penerima Anugerah Satria

  • Anugerah Satria

     Anugerah ini dihadiahkan kepada pelajar yang mencapai kejayaan yang tinggi dalam satu bidang:

     1. Mewakili negara dalam satu atau pelbagai bidang kokurikulum  

     2. Menjadi johan KAGUM atau pertandingan terbuka 

kebangsaan

     3. Laporan disiplin yang memuaskan daripada JHEP

  • Anugerah Wira

Anugerah ini dihadiahkan kepada pelajar yang mewakili institut/ zon ke KAGUM atau pertandingan terbuka peringkat kebangsaan dan mendapat tempat kedua atau ketiga.

  • Sijil Prestasi Cemerlang

Sijil ini akan dihadiahkan kepada pelajar yang menjadi johan dalam pertandingan KAGUM atau kejohanan terbuka peringkat zon.


 Anugerah Kepemimpinan

  • Anugerah Citra Emas
      Anugerah khas kepemimpinan yang paling tinggi yang dihadiahkan kepada pelajar yang telah memberi sumbangan dan khidmat cemerlang dalam pelbagai bidang:
1.       Mempunyai daya kepimpinan yang sangat tinggi, proaktif, punya inisiatif sendiri dan mampu menjadi pelajar yang boleh dicontohi.
2.       Dipilih dalam kalangan penerima Anugerah Perak  
  • Anugerah Citra Perak
Anugerah ini merupakan anugerah kepemimpinan yang dihadiahkan kepada pelajar yang telah    memberi sumbangan dan khidmat serta memenuhi kriteria berikut:
1. Menganggotai beberapa jawatankuasa sebagai pegawai
    penting (pengerusi, setiausaha, pengerusi jawatankuasa dll)
2. Menunjukkan minat dan berdedikasi dalam tugas.
3. Berdisiplin, bersikap positif dan tiada kes salah laku.
4. Sentiasa sedia memberi sumbangan dan khidmat kepada
    institut.
5. Laporan disiplin yang memuaskan daripada JHEP

 

Anugerah kecemerlangan akademik.

  •   Anugerah Pengarah