Jumaat, Oktober 19, 2012

Menelusuri Keajaiban Flora dan Fauna - Lawatan Unit Beruniform IPGKBM ke Miri, Sarawak

Menelusuri Keajaiban Flora dan Fauna - Lawatan Unit Beruniform IPGKBM ke Miri, Sarawak telah diadakan pada 29 Jun 2012 hingga 2 Julai 2012. Lawatan ini dianjurkan oleh Pergerakan Pandu Puteri IPGKBM dengan kerjasama Unit Kokurikulum IPGKBM.  Selain daripada pensyarah penasihat dan ahli Pergerakan Pandu Puteri, lawatan ini juga disertai oleh  ahli-ahli Unit Beruniform yang lain seperti KRS, Pengakap, Puteri Islam dan BSMM.  Turut sama dalam lawatan ini ialah Yang Berbahagia Datin Siti Hanifah bt Madarsa, Pengarah IPGKBM dan Yang Berbahagia Dr Hj Ali b Mahmood, Timbalan Pengarah IPGKBM.