Selasa, Februari 24, 2015

Perbarisan Unit Beruniform Sempena Perasmian Bangunan Baharu

Sempena majlis perasmian bangunan baharu IPGKBM yang diadakan pada 29 Januari 2015, Unit Beruniform PISMP Semester 5 Ambilan Januari 2013 telah terlibat dalam perbarisan tabik hormat bagi menyambut kedatangan YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia.  Pasukan Unit Beruniform ini terdiri daripada Pengakap, Pandu Puteri Kadet, Bulan Sabit Merah Malaysia dan Kadet Remaja Sekolah dan di ketuai oleh Leftenan Muda KRS Wira bin Mohd Jamal.

Latihan perbarisan diadakan pada waktu petang dan malam dibawah pimpinan Mejar KRS Ahmad Taufix b Mahat dan Kapten KRS Mustafa Kamal bin Mohamed Zahid bermula 3 minggu sebelum majlis perasmian.   Sehari sebelum perasmian, pihak JPAM telah datang membantu memantapkan lagi pergerakan perbarisan dan memastikan  bahasa hukuman mengikut protokol yang betul.