Selasa, Februari 24, 2015

Perbarisan Unit Beruniform sempena Persaraan Pengarah

Pasukan Unit Beruniform PISMP Semester 5 Ambilan Januari 2013 sekali lagi dipilih untuk mencurahkan khidmat mengadakan perbarisan sempena Majlis Persaraan YBhg Datin Siti Hanifah bt Madarsa, Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu pada 30 Januari 2015.  YBhg Datin menaiki kereta kuda bersama suami dan turun untuk membuat pemeriksaan barisan.

Unit Kokurikulum mengucapkan selamat bersara kepada YBhg Datin dan semoga akan terus mencurahkan bakti dalam bidang pendidikan di luar sana.