Selasa, Februari 24, 2015

Pameran Unit Kokurikulum Sempena Perasmian Bangunan Baharu

Unit Kokurikulum telah diberikan satu ruang pameran semasa Hari Perasmian Bangunan Baharu IPGKBM pada 29 Januari 2015 yang dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin.  Pelajar-pelajar UB PISMP Semester 4 telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan bahan pameran dan bertugas menjaga ruang pameran Unit Kokurikulum di bawah seliaan En Ahmad Rozi b Ahmad, Jurulatih Kokurikulum.