Tarikh: 4 September 2013
Masa 2.30 - 4.30 petang
Tempat: Dewan Za'ba IPG KBM
Perasmi : Datin Siti Hanifah bt Madarsa, Pengarah IPG KBM
Selasa, September 17, 2013
Aktiviti Akhbar Dalam Darjah Persatuan BM ADD PISMP Semester 6
Persatuan Bahasa Melayu - Akhbar Dalam Darjah (ADD) ditubuhkan semester ini bagi tujuan memenuhi Proforma Persatuan PISMP Semester 6 - WAJ 3113. Persatuan ini dianggotai oleh pelajar-pelajar PISMP 6C. Persatuan bagi semester 6 ditubuhkan mengikut matapelajaran major pelajar.
Isnin, Mei 13, 2013
EKSPLORASI FLORA DAN FAUNA TAMAN NEGARA PAHANG & PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN KUALA GANDAH PAHANG
EKSPLORASI FLORA DAN FAUNA TAMAN NEGARA PAHANG & PUSAT KONSERVASI
GAJAH KEBANGSAAN KUALA GANDAH PAHANG
Unit Kokurikulum dan pasukan unit
beruniform Puteri Islam Semester 5 telah menganjurkan Eksplorasi Flora Dan
Fauna ke Taman Negara Kuala Tahan pada 22-24
Mac 2013. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah eksplorasi malam, mendaki Bukit Terisik, ‘jungle trekking ke
‘canopy walkway, meniti jambatan gantung terpanjang di dunia dan ‘rapids
shooting’ merentasi jeram Sungai Tembeling. Peserta turut ditunjukkan cara menyumpit dan
kaedah menghidupkan api secara natural di perkampungan orang asli di Jeram
Dedari. Program diakhiri dengan melawat
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah. Pahang.
Isnin, Mei 06, 2013
Perhimpunan unit beruniform 1/2013 anjuran KRS PISMP Sem 3
Perhimpunan unit beruniform 1/2013 anjuran KRS PISMP Sem 3 Ambilan Januari 2012 telah dilaksanakan pada 17hb April 2013 di Dewan Za'ba IPG KBM.
Isnin, April 01, 2013
Selasa, Mac 05, 2013
Kejohanan Trek dan Padang IPG KBM 2013
Kejohanan Trek dan Padang IPG KBM telah diadakan pada 2 Mac 2013 di Kompleks Sukan Universiti Putra Malaysia. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh YB Senator A. Kohilan Pillay, Timbalan Menteri Luar Negeri. Majlis yang bermula seawal jam 7.30 pagi ini berakhir pada pukul 5.00 petang. Johan rumah sukan pada tahun ini disandang oleh Rumah Pendekar (Kuning). Naib Johan rumah sukan pula disandang oleh Rumah Satria (Jingga).
Senarai Ketua Pensyarah Penasihat dan Pengerusi Rumah Sukan Tahun 2013.
Rumah Pendekar (Kuning) : Cik Siti Salamah Mohd Yusof
: Amirol Putra b Adizar
Rumah Satria (Jingga) : Cik Krishna Kumary Juval
: Muhammad Aliff b Kamal Affandi
Rumah Pahlawan (Merah) : En Khalid b Jonit
: Harryanto Friderict
Rumah Panglima (Hijau) : En Mohd Izzat b Abdullah
: Shahrul Nizam b Mohd Aman@Justin
Rumah Laksamana (Ungu): Pn Rayahin Zarifah bt Abd Hafidz
: Muhammad Amin b Abu
Senarai Ketua Pensyarah Penasihat dan Pengerusi Rumah Sukan Tahun 2013.
Rumah Pendekar (Kuning) : Cik Siti Salamah Mohd Yusof
: Amirol Putra b Adizar
Rumah Satria (Jingga) : Cik Krishna Kumary Juval
: Muhammad Aliff b Kamal Affandi
Rumah Pahlawan (Merah) : En Khalid b Jonit
: Harryanto Friderict
Rumah Panglima (Hijau) : En Mohd Izzat b Abdullah
: Shahrul Nizam b Mohd Aman@Justin
Rumah Laksamana (Ungu): Pn Rayahin Zarifah bt Abd Hafidz
: Muhammad Amin b Abu
Khamis, Februari 07, 2013
Sambutan Maulidur Rasul
Sambutan Maulidur Rasul di peringkat IPG KBM telah diadakan pada 7hb Februari 2013 bertempat di Dewan Zaaba. Sambutan ini dihiasi dengan persembahan Qasidah oleh guru pelatih lelaki dan Forum Bicara Ilmu. Ahli Panel Forum jemputan ialah Dr Zawawi Ismail, Timbalan Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya dan Dr Fakhrul Adabi, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Islam juga dari Universiti Malaya. Moderator Forum ialah Saudari NurLailam, guru pelatih PISMP Semester 5.
Boling Tenpin
Pada semester ini Kelab Boling Tenpin telah diwujudkan bagi memilih pemain terbaik dalam kalangan guru pelatih IPG KBM untuk mewakili institut ke KAGUM yang akan diadakan pada tahun ini. Kelab boling ini dianggotai oleh seramai 18 orang pelajar PPISMP Semester 3 Ambilan Januari 2012 di bawah pimpinan Jurulatih Kanan Kokurikulum Pn Faziah bt Sulaiman dan Pensyarah Kokurikulum Pn Nurulhana bt Hussain. Latihan bagi permainan Boling ini diadakan pada setiap hari Isnin di Pusat Membeli Belah Mines di Seri Kembangan.
Pautan kepada blog tentang permainan Boling
BIG DPLI Semester 3 di Kem Rimba Pulau Pangkor
Unit Kokurikulum telah menganjurkan BIG bagi kumpulan pelajar DPLI Semester 3 Ambilan Januari 2012 pada 8hb - 11hb Januari di Kem Rimba Pulau Pangkor. Seramai 78 orang pelajar, 10 orang Pensyarah dan dua orang staf sokongan telah terlibat dalam program BIG ini.
Kem Komandan : Tn Hj Shamsuddin bin Mahmod
Pemantau: En Noor Azuddin b Mohd Noordin
Jurulatih: Tn Hj Mustafa Kamal Mohd Zahid
Tn Hj Fauzi bin Abdullah
En Ahmad Taufix b Mahat
Pn Punithavathi a/p Sinnappoo
Pn Nurulhana bt Hussain
Pn Vennila a/p Veerappan
Dr Hj Md Sabri b Che Man
En Yunus bin Jurait
Staf : En Shahrul Nizan b Abd Shukor
En Hashim b Ismail
Selasa, Januari 22, 2013
Jamuan makan tengahari daripada Puan Faziah Pensyarah Cemerlang DG54
Pada 7hb Januari 2013, semua pensyarah Unit Kokurikulum telah dijemput untuk jamuan kesyukuran makan tengahari oleh Pn Faziah bt Sulaiman di Restoran Rebung, Bangsar. Pihak Unit Kokurikulum mengucapkan ribuan terima kasih atas jemputan ini.
Selasa, Oktober 30, 2012
Majlis Qurban IPG KBM
Majlis Qurban IPG KBM telah diadakan pada hari Tashriq yang ketiga, 29 Oktober 2012 di perkarangan surau At-Taqwa IPG KBM. Majlis ini telah dijayakan oleh warga IPG KBM.
Selasa, Oktober 23, 2012
Anugerah Citra Keguruan IPG KBM 2012
Anugerah Citra Keguruan IPGKBM 2012
Tarikh: 19 Oktober 2012
Masa: 3.00 petang - 5.00 petang
Tempat: Dewan Tun Sri Lanang
Anugerah Citra Keguruan adalah
anugerah khas yang diberikan kepada pelajar IPG KBM pada akhir setiap
tahun atas pencapaian dan sumbangan pelajar dalam
aktiviti-aktiviti institut. Anugerah tersebut bertujuan memberikan pengiktirafan
kepada pelajar yang cemerlang
dalam kepemimpinan, akademik dan pelbagai pertandingan.
Objektif Majlis ini diadakan ialah untuk:
1. Menghargai dan mengiktiraf pelajar yang telah memberi perkhidmatan, sumbangan
dan kepemimpinan yang cemerlang terhadap
kemajuan institut.
2. Menghargai dan mengiktiraf pelajar IPG KBM yang mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
pelbagai pertandingan yang sekaligus mengharumkan nama institut.
3. Menghargai dan mengiktiraf pelajar IPG KBM yang telah mendapat
kejayaan yang cemerlang dalam akademik.
Kategori Anugerah
Anugerah Bagi Prestasi Dalam Pertandingan
- Anugerah Perdana Institut
Penerima anugerah ini dipilih daripada penerima terbaik dari kalangan penerima Anugerah Satria
- Anugerah Satria
Anugerah ini dihadiahkan kepada pelajar yang mencapai kejayaan yang tinggi dalam satu bidang:
1. Mewakili negara dalam satu atau pelbagai bidang kokurikulum
2. Menjadi johan KAGUM atau pertandingan terbuka
kebangsaan
3. Laporan disiplin yang memuaskan daripada JHEP
- Anugerah Wira
Anugerah ini dihadiahkan kepada pelajar yang mewakili institut/ zon ke KAGUM atau pertandingan terbuka peringkat kebangsaan dan mendapat tempat kedua atau ketiga.
- Sijil Prestasi Cemerlang
Sijil ini akan dihadiahkan kepada pelajar yang menjadi johan dalam pertandingan KAGUM atau kejohanan terbuka peringkat zon.
Anugerah Kepemimpinan
- Anugerah Citra Emas
Anugerah khas kepemimpinan yang paling tinggi yang dihadiahkan kepada pelajar yang telah memberi sumbangan dan khidmat cemerlang dalam pelbagai bidang:
1. Mempunyai daya kepimpinan yang sangat tinggi, proaktif, punya inisiatif sendiri dan mampu menjadi pelajar yang boleh dicontohi.
2. Dipilih dalam kalangan penerima Anugerah Perak
- Anugerah Citra Perak
Anugerah ini merupakan anugerah kepemimpinan yang dihadiahkan kepada pelajar yang telah memberi sumbangan dan khidmat serta memenuhi kriteria berikut:
1. Menganggotai beberapa jawatankuasa sebagai pegawai
penting (pengerusi, setiausaha, pengerusi jawatankuasa dll)
2. Menunjukkan minat dan berdedikasi dalam tugas.
3. Berdisiplin, bersikap positif dan tiada kes salah laku.
4. Sentiasa sedia memberi sumbangan dan khidmat kepada
institut.
5. Laporan disiplin yang memuaskan daripada JHEP
Anugerah kecemerlangan akademik.
- Anugerah Pengarah
Jumaat, Oktober 19, 2012
Perhimpunan Unit Beruniform Bil 5/2012 anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia IPGKBM
Perhimpunan Unit Beruniform Bil 5/2012 anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia IPGKBM telah diadakan pada 17 Oktober 2012 di Dewan Tun Sri Lanang pada jam 2.30 petang sehingga 4.00 petang. Perhimpunan ini telah dirasmikan oleh Ustaz Anuar b Muhammad, Ketua Unit Khidmat Pengurusan IPGKBM yang mewakili Datin Pengarah.
Menelusuri Keajaiban Flora dan Fauna - Lawatan Unit Beruniform IPGKBM ke Miri, Sarawak
Menelusuri Keajaiban Flora dan Fauna - Lawatan Unit Beruniform IPGKBM ke Miri, Sarawak telah diadakan pada 29 Jun 2012 hingga 2 Julai 2012. Lawatan ini dianjurkan oleh Pergerakan Pandu Puteri IPGKBM dengan kerjasama Unit Kokurikulum IPGKBM. Selain daripada pensyarah penasihat dan ahli Pergerakan Pandu Puteri, lawatan ini juga disertai oleh ahli-ahli Unit Beruniform yang lain seperti KRS, Pengakap, Puteri Islam dan BSMM. Turut sama dalam lawatan ini ialah Yang Berbahagia Datin Siti Hanifah bt Madarsa, Pengarah IPGKBM dan Yang Berbahagia Dr Hj Ali b Mahmood, Timbalan Pengarah IPGKBM.
Langgan:
Catatan (Atom)




















.jpg)














