Rabu, September 23, 2015

Kembara ke Pulau Perhentian

Kelab Kembara - Persatuan PISMP 6A Ambilan Januari 2013 telah melaksanakan projek persatuan di Pulau Perhentian, Trengganu pada 20 - 22 September 2015 bersama-sama Pensyarah Penasihat En Ahmad Taufix b Mahat.  Pensyarah-pensyarah lain yang turut serta ialah Pn Punithavathi a/p Sinnapoo dan Pn Sharifah bt Said.

Projek Kelab Kembara ini diadakan untuk memberi tanggungjawab kepada siswa pendidik untuk mengelola sesuatu program.  Selain daripada itu, projek ini juga dapat memberi peluang kepada siswa pendidik meningkatkan kemahiran dalam melaksanakan aktiviti rekreasi samada di hutan ataupun di air.  Sifat kepimpinan, bekerjasama, bertanggungjawab dan semangat berpasukan juga dapat dipupuk melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.