Rabu, September 23, 2015

Program BIG Semarak Kasih Guru

Program BIG (Anak Angkat) Semarak Kasih Guru telah diadakan pada 14 - 16 September 2015 di Bandar Utama Batang Kali dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Hulu Selangor.  Program ini melibatkan 21 orang siswa pendidik daripada PISMP Semester 4 Ambilan Januari 2014 dan seorang siswa pendidik daripada PISMP Semester 5 Ambilan Jun 2013.

Program ini diketuai oleh Hj Mustafa Kamal b Mohamed Zahid, Penyelaras BIG dan dibantu oleh En Ahmad Taufix b Mahat, En Yunus b Jurait (Kaunselor) dan En Emyzul b Ismail (Mentor).

Program ini juga bekerjasama dengan Sekretariat Rukun Negara yang mengendalikan aktiviti Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) iaitu  ISRN 1Komuniti 1 Kasih Sayang pada 16hb September 2015 di bawah seliaan Pn Nor Rul Azlifah bt Zulkafaly dan En Zulkifly b Husin.

Unit Kokurikulum IPGKBM mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengarah IPGKBM dan Timbalan Pengarah IPGKBM, JK Induk, JK Pelaksana dan  semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

  1. En Abdul Razak b Abd Aziz, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Hulu Selangor
  2. En Mohd Zamri b Zainudin daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Hulu Selangor
  3. Pn Normalin bt Saikhani daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Hulu Selangor
  4. En Zakaria bt Ismail, Guru Besar SK Bandar Baru Batang Kali
  5. En Abu b Mijan, Pengerusi JK Penduduk Bandar Utama Batang Kali
  6. En Yunus b Jurait, Kaunselor IPGKBM
  7. En Emyzul b Ismail, Mentor Pelajar 4A
  8. Siswa pendidik PISMP 4A
  9. Semua Keluarga Angkat 
  10. Semua penduduk Bandar Utama Batang Kali yang terlibat.


Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan semasa program ini berlangsung ialah:
  1. Aktiviti bersama keluarga angkat
  2. Gotong Royong di SK Bandar Baru Batang Kali
  3. Jalinan Kasih di rumah warga tua Batang Kali
  4. Gotong Royong di Kawasan Surau
  5. Persembahan Malam Kebudayaan.