Selasa, September 22, 2015

Khidmat Komuniti Pasukan UB Pengakap KLM 02 IPGKBM

Unit Beruniform Pengakap KLM 02 terdiri daripada 21 orang pelajar PISMP S 4 Ambilan Januari 2014. Khidmat Komuniti telah dilaksanakan di SK Taman Seri Gombak 2, Batu Caves, Selangor pada 25 Julai 2015 di bawah bimbingan penyelaras program merangkap Pesuruhjaya KLM 02, Cik Haslinda Mohamad Saad.

Objektif khusus Khidmat Komuniti ini ialah untuk memberi pendedahan, peluang dan pengalaman kepada para pelajar meningkatkan keupayaan mereka membuat pemindahan pembelajaran dalam konteks baharu dan situasi sebenar serta menerapkan nilai -nilai  dan etika keguruan.