Selasa, September 22, 2015

Kursus Kayak 'Star One'

Kursus Kayak Star One telah diadakan pada 8 - 9 Ogos 2015 di Cyclone Brake Sea Reaction Club, Akademi Laut Malaysia (ALAM), Kuala Sg Baru, Melaka.

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dan kemahiran peserta dalam aktiviti berkayak.

Seramai 10 orang pelajar terlibat dalam kursus ini  diiringi oleh 2 orang pensyarah kokurikulum iaitu En Ahmad Rozi b Abu dan Hj Suhasni b Dollah serta seorang staf sokongan iaitu En Mohd Noor Ismail b Mohd Rais.